ISU & KONTROVERSI

SUBHANALLAH..!! Pembunuhan kejam dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan......................

loading...


Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3. 13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang serta membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol serta membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya. 

Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz serta bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin. 


Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata dan membunuh janin dengan menggunakan senjata. Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori penjara seumur hidup jika didapati
bersalah. 



 " Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya, " kata Maria Garcia, 44, yang tinggal berjiran dengannya. Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung. Wanita itu kemudian berpura-pura hamil serta seandainya jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil. 


Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil serta menjumpai Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan. Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya serta berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu. Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya.



sumber:  http://apakeno.blogspot.co.id/

 

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close