ISU & KONTROVERSI

Cikgu Sekolah Raba Dada Murid Dan Ugut Jika Memecahkan Rahsia Itu , Kepalanya Akan Pecah !

loading...



JULAU: Seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini mengugut untuk memecah kepala seorang murid perempuan darjah enam jika rahsianya meramas buah dada gadis itu terbongkar.

Kejadian dikatakan berlaku pada penghujung Julai lalu, apabila guru terbabit memanggil murid tersebut ke pejabatnya sebelum mengunci pintu.

Mangsa kemudian dipeluk dari belakang sebelum bahagian dadanya disentuh oleh guru tersebut, yang mengakibatkan mangsa menjerit ketakutan.

Difahamkan jeritan mangsa didengari oleh guru besar dan seorang guru lain sekolah berkenaan yang biliknya terletak bersebelahan, namun tiada tindakan yang diambil berhubung kejadian tersebut.

Guru terbabit kemudian memberi amaran kepada mangsa agar tidak mendedahkan perlakuan terkutuknya atau dia akan bertindak kejam memecah kepala mangsa.

Ia bukannya kejadian pertama melibatkan guru pedofil terbabit kerana pada penghujung tahun 2015, dia pernah memegang bahu murid yang sama.

Sebaik mengetahui tindakan kejam guru Melayu terbabit, bapa mangsa yang juga seorang petani berusia 44 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Julau pada tengah hari Sabtu lalu. – Sarawakvoice.com

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close