ISU & KONTROVERSI

'Kalau Tak Nak Gambar Bogel Tersebar, Ikut Syarat Aku!'

loading...

KLANG - Ramai yang suka memuat naik gambar selfie di Facebook terutamanya perempuan. Namun, ia sebenarnya mengundang bahaya jika ada individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan gambar anda. 

Apa yang berlaku terhadap Eyda Khalisya ini, wajar dijadikan iktibar buat mereka yang lain agar mula menetapkan gambar-gambar mereka hanya dikongsikan dengan rakan sahaja, bukannya ditetapkan kepada 'public'. 

"Pagi-pagi aku dapat text unsur ugutan macam ini. Jadi sesiapa yang dapat gambar aku yang bukan-bukan itu, itu bukan aku. Itu semua kerja dia! Aku tak halal dunia akhirat!" katanya. 


Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, mangsa dihubungi oleh Zuraini Lavender Kamarudin, yang mendakwa dirinya manager di Zalora dan Beauty Therapist di Kuala Lumpur. 

"Nak tahu, untuk apa (gambar-gambar) semua ini? Saya ini pembuat gambar bogel dan gambar itu akan jadi gambar bogel. Ada orang request untuk gambar bogel awak dan disebarkan ke internet. Jadi, point saya ni, samaada awak nak deal dengan saya dan bincang elok-lok atau nak saya sebarkan terus?" soalnya. 

Mangsa terkejut lalu memaki hamun individu terbabit. Namun, individu itu enggan peduli dan tetap mahu menyebarkan gambar tidak senonoh mangsa yang telah diedit. 




Meskipun mangsa mengatakan bahawa dia akan membuat laporan polis, individu itu langsung tidak gentar dan meminta mangsa mengikut syaratnya jika mahu selamat.

Bagaimanapun, mangsa enggan mengikut kehendak lelaki itu dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Klang Selatan pada 8.48 malam, 9 Mei lalu, untuk tindakan lanjut.


Menurut seorang lagi mangsa, Eyka Piecess juga menjadi sasaran individu yang sama. Mohon orang ramai berhati-hati.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close