loading...
Perempuan
 Melayu beranak 8 ini datang minta bantuan untuk berniaga. Lelaki Cina 
ini beri rm400. Selepas itu lelaki ini cuba pantau apa yang dilakukan 
wanita itu selepas terima wang, rupanya wanita itu...
Lelaki Ini Beri RM400 Pada Ibu 8 Anak.. Janji Perempuan Melayu Ini MENGEJUTKAN !!! - MALAYSIA KINII
Lelaki Ini Beri RM400 Pada Ibu 8 Anak.. Janji Perempuan Melayu Ini MENGEJUTKAN !!! - MALAYSIA KINII
Lelaki Ini Beri RM400 Pada Ibu 8 Anak.. Janji Perempuan Melayu Ini MENGEJUTKAN !!! | Kuan Chee Heng,
 nama yang sudah tidak asing lagi di kalangan netizen. Beliau cukup 
dikenali dengan sikapnya yang gemar membantu golongan yang tidak 
berkemampuan berbanding sesetengah masyarakat yang hanya pandai 
‘bercakap’ sahaja.
Meskipun berbeza agama budaya dan bangsa, beliau sanggup menghulurkan 
bantuan kepada orang Melayu, India dan lain-lain. Pernah sekali beliau 
menarik perhatian netizen bilamana dirinya belanja sebuah keluarga yang 
susah di bulan ramadhan yang lalu.
Baru-baru ini, Kuan Chee Heng,
 memuat naik perkongsiannya mengenai seorang wanita yang meminta bantuan
 kewangan darinya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.
“Ketika saya melawat Puan Mareeya yang mempunyai anak, beliau meminta 
wang pendahuluan untuk berniaga nasi lemak bagi membela lapan orang 
anaknya. Saya berikan RM400 dan hari ini beliau terus mula berniaga di 
PUJ 3, depan supermarket Super Save.
“Dia hari ini sempat belanja saya makan nasi lemak. Well done. Rezeki 
halal dan saya sungguh gembira beliau dapat memberi makan kepada lapan 
orang anaknya.
“Syabas, janji perempuan Melayu ini untuk berniaga ditepati,” katanya.
Status yang dimuat di laman Facebook Kuan itu mendapat 8,563 perkongsian di Facebook dan 57K likes.
Ekoran itu, Facebook beliau tidak henti-henti menerima pujian dari netizen yang bangga dengan kebaikannya itu.
Sungguh kami juga terkesan dengan kebaikan Kuan Chee Heng ini.
 Moga sikapnya yang suka membantu golongan yang tidak berkemampuan ini 
turut dicontohi oleh mereka yang lain. Inilah Hero Malaysia yang 
sebenar.

