loading...
Detik sakaratul maut menjemput .. Adhar terlanggar motosikal lalu menghempapnya (4Gambar)
HULU TERENGGANU : Jika sudah 
ajal menjemput, CCTV rakam detik seorang lelaki terlanggar motosikal 
lalu jatuh dan motosikal menghempap diri nya menyebabkan dia maut.
Seorang pemuda ditemukan mati 
di bawah sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah pusat 
karaoke di Ajil di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, terdapat kesan luka di bahagian kepala mangsa, Mohamad Adhar Abd. Aziz, 22.
Ketua Polis Daerah, Deputi 
Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, berdasarkan rakaman 
televisyen litar tertutup (CCTV), Mohamad Adhar dilihat meluru merempuh 
motosikal yang diletakkan di situ.
"Rempuhan itu menyebabkan 
motosikal itu terbalik lalu menghempapnya sebelum disedari orang awam 
yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
"Pemeriksaan pakar perubatan 
kemudiannya mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan luka yang 
dalam di bahagian kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Adli berkata, perbuatan Mohamad Adhar berlari meluru ke arah kenderaan itu menimbulkan tanda tanya.
"Motif mangsa yang berasal dari
 Kampung Bukit Acheh, Matang dekat sini itu sedang disiasat termasuk 
kemungkinan dia dikejar atau diserang," ujarnya. Al fatihah 





 
