loading...
Maafkan Abang tak dapat selamatkan Mira .. Mira hanyut di telan arus kepala air (8Gambar)
Permaisuri
 : Kegembiraan pasangan ini mandi manda di air terjun bertukar tragedi 
apa bila salah seorang dari mereka maut lemas di bawa arus kepala air.
Harian 
metro melaporkan seorang gadis ditemui lemas ketika mandi di kawasan air
 terjun Lata Payung, Sungai Tong, dekat sini, jam 2.30 petang tadi.
Mangsa, 
Amira Diana Harun, 22, dari Kampung Bukit Nenas, Sungai Tong, dikatakan 
ke kawasan perkelahan berkenaan bersama tunangnya, Asraff Rifaie Maliki,
 25, yang juga seorang anggota tentera.
Pasangan
 itu dikatakan mandi sebelum dihanyutkan kepala air dan tunang mangsa 
berjaya menyelamatkan diri tetapi gagal menarik mangsa yang terus dibawa
 arus deras.
Makluman awal 1 Lelaki Melayu / 1 Perempuan Melayu telah dihanyutkan air di Air Terjun Lata Payung Sg.Tong (Kepala Air) 
Sg.Tong Rpt: xxx/2017
Tarikh: 01/04/2017 @ 1455 hrs.
Nama: Mohd Azmi Bin Mohamad Hanafi
No. K/P : RF/xxxxxx
Umur : 32 Tahun
Kerja : PDRM
Alamat : Balai Polis Sg.Tong 21500 Setiu Trg.
Mangsa selamat :
1.Nama :Ashraff Rifaie Bin Maliki  
No Kp : 920906-11-xxxx
Umur : 25 Tahun
Kerja : Tentera
Alamat : Kg.Pak Kancil Bdr.Permaisuri Setiu Trg.
Mangsa Hilang :
1.Nama : Amira Diana Bt Harun
No Kp : Belum Diperolehi
Umur : 22 Tahun
Alamat : Kg.Bukit Nenas Sg.Tong,Setiu Terengganu.
Perhubungan : Tunang
TEMPAT KEJADIAN : Air Terjun Lata Payung Sg.Tong,Setiu.
KETERANGAN PENGADU
Pada 1/4/2017 jam Lebih Kurang 2.45 petang ketika saya bertugas 
dipejabat pertanyaan Balai Polis Sg.Tong Setiu Trg, telah terima 
panggilan telefon dari orang awam menyatakan telah berlaku kejadian 
lemas melibatkan seorang perempuan melayu di Air Terjun Lata Payung, 
Sg.Tong Setiu Trg.Saya jadikan report ini sebagai laporan pertama.Sekian
 Laporan Saya.
Mayat 
mangsa ditemui jam 4.34 petang oleh tunangnya bersama penduduk kampung 
yang turut serta mencari mangsa sejurus kejadian berkenaan.
Sementara
 itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Penolong Penguasa Bomba 
Mohd Anuar Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian 
pada jam 2.43 petang sebelum dua jentera bersama tujuh anggota bergegas 
ke lokasi kejadian.
"Selain bomba, operasi sama turut disertai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.
"Mayat 
mangsa berjaya ditemui pada jam 4.34 petang dihantar ke Hospital Daerah 
Setiu untuk tindakan lanjut," katanya. Al fatihah 








 
