Kontrovesi

Suami tetak isteri sampai mati kerana enggan 'bersama' selama 7 bulan

loading...

SULAWESI BARAT, INDONESIA - Seorang guru wanita maut ditetak suaminya kerana cemburu dan berang dengan keengganan mangsa melakukan hubungan seks, lapor Rakyatku News

Dalam kejadian jam 11 pagi 7 Mac, Selasa, mangsa, Ainun Safitri, 28, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Dusun Baruga, Kecamatan Bambaira, Mamuju Utara, Sulawesi Barat, Indonesia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengajar. 

Tiba-tiba mangsa didatanginya suaminya, Mohamad Amin, 34, yang membawa parang dan terus menetak mangsa bertubi-tubi dan membabi buta. Mangsa cuba menahan serangan dari suspek yang seperti sudah hilang akal, mengakibatkan pergelangan tangan kanannya terputus.

Mangsa cedera parah di bahagian leher, punggung dan tangannya akibat ditetak. 





Melihat keadaan mangsa yang sudah tidak sedarkan diri, suspek kemudian meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera parah dan pulang ke rumahnya. Suspek kemudian cuba menikam dadanya sendiri, dipercayai cuba membunuh diri. Tindakannya itu bagaimanapun tidak berjaya menyebabkan suspek kemudian cuba meminum racun rumput di belakang rumahnya tetapi gagal berbuat demikian selepas dihalang oleh penduduk kampung. 


Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Polis masih menyiasat motif sebenar serangan suspek pada isterinya itu. Polis percaya suspek berbuat demikian pasangan itu mengalami masalah rumah tangga di mana suspek cemburu dan marah kerana mangsa enggan melakukan hubungan seks dengan suspek sudah tujuh bulan. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2n2jS9J
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close