loading...
Kisah perkahwinan Nur Nasirah 18 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang berusia 66 tahun telah mendapat perhatian ramai dan juga liputan meluas di media online sejak beberapa hari ini. Tentu perbezaan usia yang cukup jauh menjandi punca ramai bertanya tanya “kenapa dia gadis 18 sanggup berkahwin dengan lelaki tua berumur 66 tahun? Terkini Nasirah Telah berkongsi cerita bagi yang tertanya tanya kenapa dia memilih duda beranak lapan Ismail Lombok, 66, seorang warga emas sebagai suaminya. menerusi laporan utusan malaysia hari ini.
Walaupun tua saya sangat sukakannya. Nur Nasirah berkata, perkenalan mereka bermula kirakira dua tahun lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya, Salma Abdullah, 42, di Paka. Ketika itu Nur Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerjakerja dapur selain mengambil pesanan daripada pelanggan
Kata Nur Nasirah, dia mula tertarik dengan perwatakan duda lapan anak itu yang sering bertanya khabar keadaannya dan keluarga. Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran milik ibunya.
Namun, sikap Ismail yang sanggup berterus terang kepada ibu bapanya dan sedia menunggu untuk mengahwininya, berjaya membuka pintu hati gadis itu. Nur Nasirah ketika itu baru sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima. “Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.
‘Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” kata Nur Nasirah ketika dihubungi petang ini. Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga keduadua pihak, akhirnya Nur Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma dan Mohd. Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Ismail dengan hantaran kahwin sebanyak RM7,000.
Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin lelaki di Jalan Santong, Paka kirakira jam 10.30 malam, 18 Mac lalu namun gambargambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan ulasanulasan yang mempersendakan pasangan itu. Sementara itu, ibu Nur Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang kini menjadi menantunya berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang dikenali panggilan Pok Wil kerana mereka tinggal sekampung. “Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkalikali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu. “Akhirnya Nur Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” kata Salma yang merestui perkahwinan pasangan itu.