KESIHATAN

PENTING !!! Minum Air Kelapa Muda Ketika Musim Panas - Pakar Dietetik

loading...
Minum air kelapa muda ketika musim panas - Pakar Dietetik






KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran agar meminum air kelapa muda ketika cuaca panas sekarang.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata ini kerana ia mampu mengembalikan suhu badan peminumnya kepada paras normal.

"Air kelapa muda mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas.

"Selain itu air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.

"Untuk lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula. Beli sebiji kelapa muda yang belum dipotong dan minum airnya yang segar," katanya kepada Bernama.

Air buah-buahan

Ridzoni berkata di samping meminum air kelapa muda, meminum air buah-buahan juga adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.

Beliau berkata air buah-buahan mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semula jadi buah) yang berperanan sebagai bekalan tenaga dalam badan.

Beliau turut menyarankan orang ramai untuk meminum sekurang-kurangnya 2.5 liter air kosong bersamaan atau 10 hingga 12 gelas sehari.

Menstabilkan cecair dalam badan adalah perkara yang amat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang amat panas dan kering, katanya.

Cuaca panas akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia ekoran berlakunya proses dehidrasi yang cepat sekali gus ia boleh memberi kesan kesihatan seperti diserang strok haba yang boleh membawa maut, tambahnya.

Tepati masa makan

Dalam mengamalkan corak makanan yang baik ketika menghadapi musim panas, Ridzoni menyarankan agar orang ramai mengamalkan menepati masa makan seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam kerana makanan juga boleh menyumbangkan sebahagian kepada jumlah cecair kepada badan.

Beliau berkata dalam cuaca panas sekarang, orang ramai juga perlu banyak memakan nasi lembut atau nasi bubur bagi meningkatkan jumlah kuantiti air dalam badan mereka selain mengambil ulam-ulaman untuk meningkatkan pelbagai mikronutrien dalam badan yang boleh membantu menggantikan makronutrien yang hilang akibat perpeluhan.

"Amalkan mengambil makanan yang dipotong kecil dan mudah dikunyah agar mudah dihadam dan diserap serta tidak memerlukan banyak tenaga untuk mengunyah dan meningkatkan haba badan dan perpeluhan," katanya.

Ridzoni turut menasihati orang ramai supaya mengelak daripada meminum kopi, air berkarbonat atau beralkohol kerana minuman itu memberi kesan diuretik.

"Minuman itu akan merangsang pengeluaran air kencing dan akibatnya badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus," jelasnya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar menghindarkan mengambil makanan pedas kerana ia akan meningkatkan haba badan dan berlaku perpeluhan.
Sementara itu bagi mereka yang berpenyakit buah pinggang dan jantung yang perlu mengawal jumlah air minuman seharian mereka termasuk untuk memakan ubat, terdapat empat petua utama yang boleh mereka kongsi:

* Jumlah air yang perlu diminum disukat dalam botol dan diasingkan.

* Jika minum, sila tuang dari botol tersebut.

* Jumlah air yang diminum mesti diminum sedikit-sedikit secara berkala dan bukan sekali gus

* Mengelap badan dengan tuala basah setiap sejam sekali bagi mengelakkan kekeringan dan pecah kulit.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close