SEMASA

‘Aku Dah Ceraikan Kau Dunia Akhirat’ – Suami Tak Endah Anak Dalam Kandungan Bermasalah

loading...
Ilustrasi perempuan menangis edit
Tergamaknya seorang suami menceraikan isteri disaat isteri sedang mengandungkan zuriat sendiri. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang. Segala pengorbanan selama ni sekelip mata dilupakan setelah kehadiran orang ketiga. Sudahlah berkahwin senyap-senyap dan menghilangkan diri, malah isteri pertama diceraikan hanya kerana mencari suami untuk menuntut nafkah anak-anak.
Nasib malang menimpa puan ini setelah suami berkahwin lain dengan pilihan keluarga. Anak didalam rahim juga tidak diendahkan.

Saya seorang isteri mempunyai anak kecil dan sedang hamil 7 bulan…

Saya seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamil. Kehidupan saya sebagai suami isteri bahagia sehingga hari raya tahun lepas saya mendapat tahu suami bernikah dengan orang lain yang ternyata pilihan keluarganya. Walaupun saya bukan pilihan keluarga tapi kedua belah keluarga merestui. Pada raya kedua suami beritahu pada saya dia harus pulang ke kampung untuk menguruskan urusan harta dan tidak mmbenarkan saya ikut kerana saya 7 bulan mengandung. Kampungnya di seberang jadi doktor pun menasihati untuk tidak menaiki kapal terbang.

Suami berkahwin dengan pilihan keluarganya…

Dua minggu suami di sana. Satu hari kawan saya pm (private message) memberitahu melihat gambar suami saya sedang bersanding. Bila saya melihat sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati saya melihat suami saya dengan isteri barunya bersama mak mertua, kakak dan adik ipar saya. Setelah suami pulang saya minta suami untuk menerangkan segalanya dan suami minta maaf dan berjanji untuk menjadi suami yang lebih adil dengan syarat saya merahsiakan perkahwinan saya dengan suami daripada isteri barunya. Saya maafkan dan terima kerana anak yang sedang saya kandung dan jugak dia terpaksa akur kata-kata ibunya yang sakit.

Suami tidak pulang kerumah dan saya diceraikan hanya kerana mencari dan menghubunginya…

Sepanjang dua bulan selepas suami saya menikah, dia jarang pulang kerana untuk menjaga rahsia itu. Walaupun begitu suami saya adil sehinggalah perangai suami mulai berubah. Suami menjadi marah dengan kerap dan saya mendapati suami saya menipu. Kadang kala saya dan suami bergaduh hanya kerana saya minta berjumpa dia. Saya sedih kenapa dia berubah. Sampai satu saat dia hilang selama dua minggu lalu saya mencari dia dan kerana itu saya diceraikan secara tergantung. Hanya kerana saya mencari dan menghubungi lantas dia meninggalkan saya.

Kandungan mempunyai masalah, suami tak mahu ambil tahu…

2

‘Kita dah tak ada apa-apa. Aku dah ceraikan kau dunia akhirat…’

3

‘Kalau kau tak boleh besarkan anak kau, bagi je rumah kebajikan…’

1Sekarang sudah tiga bulan suami tinggalkan saya tanpa sebarang nafkah. Dan ternyata isteri baru juga sedang hamil dan sudah tahu mengenai saya. Saya dicaci dihina semua. Saya sebatang kara dan suami tinggalkan saya tergantung . Sekarang kandungan saya mengalami masalah dan doktor mencadangkan untuk gugurkan demi nyawa saya. Saya cuma mahu jumpa suami dan mengubah dia kembali kerana masa kami kenal sehingga berkawin dia tak macam sekarang. Saya yakin dia berubah kerana perempuan itu.
Geram dengan perangai lelaki yang macam ni. Anak didalam kandungan tu zuriat sendiri kenapa sanggup abaikan. Anak adalah refleksi kepada sikap kita, jangan terkejut bila dah tua anak tak mengaku sebagai bapa pula!
Sumber : KRT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close