TIPS

TANDA-TANDA AWAL SEORANG LELAKI ITU MATI PUCUK DI USIA MUDA

loading...
Mati pucuk merupakan salah satu fenomena yang sangat ditakuti oleh kaum lelaki. Mana taknya ketika orang lain sedang asyik melayari malam dengan isteri tersayang, mereka pula sibuk menderita dengan masalah tak boleh merangsang diri untuk bersama dengan isteri mereka. Rumahtangga mana yang tidak akan bergoncang kalau begitu?

Namun begitu mati pucuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain dari merokok ataupun masalah kesihatan yang lain, kebanyakannya adalah disebabkan ketagihan beronani dengan terlalu kerap. Malah bukan orang berusia sahaja yang mengalami masalah ini, remaja juga tidak ketinggalan.

Sila ambil perhatian sekiranya anda pernah mengalami semua petanda-petanda dibawah :

  1. Zakar anda langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang benar-benar kritikal dan biasanya boleh berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia adalah jenis penyakit mati pucuk yang paling di takuti oleh kebanyakan kaum lelaki.
  2. Zakar lembik dan tidak mampu untuk berhubungan seks. Air mani anda keluar sebelum mampu untuk berhubungan seks. Ia adalah jenis mati pucuk yang sangat mengecewakan. Ia biasanya boleh di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
  3. Zakar masih boleh menegang tetapi tidak berupaya untuk memancutkan air mani. Ia juga termasuk dalam kategori mati pucuk, namun bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki tersebut terpaksa berhenti berhubungan seks kerana keletihan dan kelelahan sewaktu beraksi di atas ranjang.
  4. Zakar yang tidak boleh untuk menegang seperti biasa. Ia juga adalah salah satu dari jenis mati pucuk. Ada juga yang menggelarnya sebagai sindrom lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini kemungkinan besar akan di hadapi oleh semua lelaki.
Daripada mati pucuk kita beralih kepada keadaan yang digelar sebagai lemah tenaga batin. Ini kemungkinan besar melanda kaum lelaki apabila umur menginjak ke pertengahan dan kemungkinan juga berlaku kerana penyakit lain seperti diabetes ataupun jantung.

Ini pula merupakan antara tanda-tanda awal lemah tenaga batin, ketika melakukan persetubuhan:

  1. Lambat untuk mencapai ketegangan zakar yang sempurna walaupun setelah diberikan rangsangan seksual.
  2. Ereksi yang tidak keras sepenuhnya kerana tekanan pembuluh zakar yang kurang dari segi 6PSI – malah lelaki itu juga gagal untuk membuat tusukan ke dalam faraj.
  3. Inzal ataupun ejakulasi pra-matang dan cepat layu serta tak mampu untuk teransang kembali atau mengambil masa yang cukup lama untuk mencapai ereksi yang sempurna selepas selesai ejakulasi pertama
  4. Gagal untuk mencapai ereksi mampat yang diinginkan untuk meneruskan persetubuhan sehingga menyebabkan pasangan anda mencapai klimaks
  5. Air mani yang dikeluarkan pula adalah cair, keluar dengan cara meleleh dan tidak pula memancut dengan kuat seperti keadaan kebiasaannya.
  6. Kencing yang keluar pula berasa seperti tidak tus, malah selepas kencing pula berasa tidak puas dan masih lagi terasa seperti kantung anda menyimpan sisa
  7. Zakar yang tidak mampu untuk mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut Penile Nocturnal Tumescence
  8. Tidak berdaya untuk menyempurnakan proses persetubuhan dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberikan orgasm yang sempurna kepada pasangan seks
  9. Kelemahan seksual lelaki adalah lebih ketara terutamanya jika di kalangan perokok, pengidap diabetes, pesakit jantung, tekanan darah tinggi dan individu yang sering mengalami stress.
Awasi petanda dan gejala di atas untuk mendapatkan kehidupan seks yang lebih mengasyikkan bersama pasangan. Sebarang langkah awal boleh membantu anda untuk kembali beraksi seperti yang diingini oleh pasangan anda di atas katil. Maka dengan itu semoga perkongsian ini boleh membantu kaum suami dan pasangan di luar sana untuk mengawasi jika terdapat sebarang gejala seperti yang diperkatakan di atas.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close