loading...
HARAP
KEJADIAN INI TIDAK TULAR KE KAUM KELUARGA KITA YG DI SAYANGI..SEMOGA
KITA SAMA-SAMA MEMOHON PETUNJUK DAN SIMPANGKAN KEJADIAN INI
JAUH-JAUH.SEPERTI KITA MENYIMPANG DARI SEKOR BABI..YG JIJIK BILA KITA
MELIHATNYA...MOHON KITA BAHAGI-BAHAGIKAN AGAR MENJADI SEMPADAN
Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.
Terpanggil dihati saya untuk
berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan
maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar
dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan
sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di
dunia lagi. Nauzubillah.
Berlaku di sebuah hospital,
saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan
sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas
saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu
arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada
perempuan.
In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit
penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan
muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang
patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah
seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah
tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh
warisnya atau pihak berkuasa agama.
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk
ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah.
Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah
ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah
ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti
biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah
kerja saya.
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup
pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun
perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit
demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat
berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah
tahun mengenai jentina anaknya itu, mengalir air mata ibu arwah sehingga
saya sendiri pun mengalirkan air mata.
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak
( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.
( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.
Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT
meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat
saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas
kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah
tadi.
Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah
anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan
jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup
keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan
air sembilan.
Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor
barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan
jenazah.
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan
tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat
reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan
jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di
depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit
tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.
Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat
ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di
tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU
AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan
mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses
pengurusan bermula hinggalah selesai.
Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan
sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri
dan kita semua.
Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui
pembedahan, adalah haram di segi syara’ berdasarkan AL-Quran dan
dipandukan Hadis.
ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :-
” Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk “.
( Surah AT-Tiin ayat 4 )
Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-
” Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti
wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki “.
( Hadis Riwayat AL-Bukhari )
Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata
( Maksudnya ) :-
” Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki “.
( Hadis Riwayat Abu Daud )
Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui
sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran
dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi
dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi
untuk bertaubat kepadaNYA..
Sumber: Syed Sohleh Syed Jalaluddin
Thanks for reading & sharing sila share artikel ini dengan klik button share di bawah Suara Marhaen