loading...
KRONOLOGI
- 03.06.2012, bekas suami, bertunang dengan isteri barunya sekarang.
- 26.06.2012, saya diceraikan melalui SMS semasa hamilkan anak kedua.
- 29.07.2012, anak kedua dilahirkan.
- 01.10.2012, kami ke mahkamah untuk pengesahan cerai.
- 19.10.2012, bekas suami bernikah dengan isteri barunya.
Demikian kronologi perpisahan saya dengan bekas suami. Dari detik itu, anak-anak, Raimi Fatini dan Raid Fayyadh, tidak pernah menerima kasih sayang apatah lagi huluran wang ringgit sebagai nafkah.
Saya tidak pernah menuntut, tetapi tatkala melihat si ayah begitu selesa menyambut birthday anak dengan isteri baru di tempat mewah dengan event planner semuanya, saya tahu dia juga mampu beri anak-anak dia bersama saya hal yang sama. Walaupun mungkin bukan majlis mewah, cukup sebiji kek untuk sambutan harijadi.
Tetapi malangnya, saya cuma mampu melihat di media sosial.
Saya terputus hubungan dengan dia sebab setiap kali saya menghubungi dia dan berbincang tentang tanggungjawab dia kepada anak-anak kami, dia minta saya anggap dia sudah mati.
Maka inilah antara usaha saya untuk mendapatkan semula hak anak anak saya dari seorang ayah. Mohon sesiapa mengenali bekas suami saya untuk menghubungi saya bagi urusan tuntutan nafkah anak-anak di mahkamah.
Saya dah cuba pelbagai ikhtiar utk dapatkan maklumat bekas suami, tetapi gagal. Maka inilah usaha terakhir saya untuk mengesan bekas suami saya. Jasa baik kalian, Allah jua membalasnya.
from Viral Semasa http://ift.tt/2lrKAYZ
via IFTTT