Kontrovesi

Remaja tarik tali pusat bayi sendiri sehingga terputus sebelum campak ke sungai

loading...

SAMBAS, KALIMANTAN - Mayat seorang bayi ditemui terapung di Sungai Simpang Empat Kecamatan Tangaran  jam 10.41 pagi Ahad lalu, selepas dibuang oleh ibunya sendiri, lapor Pontianak Post. 

Menurut saksi, Dani, 39, berkata, pada awalnya dia menyangka objek yang terapung itu adalah patung mainan. Setelah diamati dengan teliti dan nampak seperti mayat bayi, Dani terus sorang wanita, Maria, yang kebetulan lalu di depan rumahnya sebelum melaporkan kepada pihak polis. 

Susulan penemuan mayat bayi malang itu, polis telah menjalankan siasatan dan menahan seorang pelajar berusia 16 tahun yang dikenali sebagai NR, pada jam 2.30 petang, Rabu, di rumah bapa saudaranya. Teman lelakinya berusia 19 tahun juga turut ditahan untuk membantu siasatan. 



Siasatan awal polis mendapati, NR telah melahirkan bayi itu pada jam 11.30 malam Sabtu lalu di biliknya tanpa sebarang bantuan.

"Setelah dilahirkan, bayi itu sempat menangis. Si ibu kemudian cuba menanggalkan tali pusat bayinya dengan cara menariknya sehingga terputus dan membuatkan bayi itu berhenti menangis. 

"Tanpa berfikir panjang, NR kemudian pergi ke sungai di depan rumahnya, lalu membuang bayinya yang masih bernyawa itu sebelum kembali ke biliknya untuk membersihkan darah di lantai. 

"Bekas kain yang digunakan untuk membersihkan darahnya kemudian dibuang ke sungai bersama seluar dalam yang berlumuran darah sebelum ditemui tersangkut pada kayu di sungai, 50 meter dari lokasi mayat bayi ditemui.

"Siasatan mendapati seluar dalam itu adalah milik remaja berkenaan," kata sumber polis tempatan. 


NR juga mengaku bayi yang dibuangnya itu adalah hasil hubungannya bersama teman lelakinya. 

"Polis juga telah mengambil keterangan teman lelaki remaja berkenaan dan dia mengaku telah melakukan hubungan seks beberapa kali dengan remaja itu." katanya. 

Nr telah dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya. 

Difahamkan, polis akan mengambil tindakan undang-undang dan NR bakal berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2mFBKXR
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close