ISU & KONTROVERSI

Pelajar 13 Tahun Jadi Mangsa Rogol Bergilir Bersama Kenalan Wechat

loading...






BATU PAHAT: Seorang pelajar berusia 13 tahun mendakwa dirogol empat rakan lelaki yang baharu dikenalinya daripada aplikasi sosial Wechat di sebuah pondok di kebun kelapa sawit di Kampung Manong, Ayer Hitam, dekat sini.



Dalam kejadian kira-kira 9 malam Khamis lalu, mangsa mendakwa dirogol kenalan lelakinya itu sebelum tiga lagi rakan lelaki berkenaan tiba di lokasi kejadian dan merogol mangsa bergilir-gilir. Ketua Polis Daerah Batu Pahat,

Asisten Komisioner, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata melalui siasatan awal, mangsa mengaku baharu mengenali seorang daripada rakan lelakinya itu 10 hari lalu di Wechat, sebelum bertemu dan dirogol. Katanya, dua suspek yang berusia 15 dan 14 tahun sudah ditahan manakala polis masih mengesan dua lagi suspek.

“Sebelum kejadian, mangsa keluar dari rumahnya di Parit Raja, di sini, dengan memberitahu ibunya hendak belajar di rumah rakan namun sebaliknya bertemu kenalan lelaki berkenaan untuk bersiar-siar.

 “Mangsa kemudian mengikut kenalan lelakinya itu menaiki motosikal ke Ayer Hitam sebelum bertemu tiga lagi rakan temannya itu dan dipaksa mengikut mereka ke sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Manong.

 “Mangsa diajak ke sebuah pondok di kebun sawit berkenaan sebelum dirogol secara bergilir-gilir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Abdul Wahib berkata, penduduk kampung yang menyedari kejadian berkenaan bertindak menyerbu pondok itu menyebabkan kesemua empat suspek serta mangsa melarikan diri dan bersembunyi di dalam kebun sawit berkenaan dengan meninggalkan motosikal mereka.

Katanya, penduduk kampung bertindak menghubungi polis dan bapa mangsa sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak berkuasa.

“Walaupun awalnya keempat-empat suspek melarikan diri, dua daripadanya berjaya ditahan dan kita sedang mengesan dua lagi suspek,” katanya.

Beliau berkata, mangsa turut mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki lain sebelum ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Siakap Keli News

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close