Kontrovesi

'Maafkan ibu, ini semua salah ibu'

loading...


Saya Sarah. Masa saya menuntu di UiTM dulu, saya berkenalan dengan senior saya, Faris, orang yang kuat bersukan, kuat beribadat dan baik akhlaknya. Sifat jujur yang ada pada dirinya antara sebab mengapa saya bersetuju menerima lamaran Faris. 

Kami bertunang dan berkahwin pada usia 24 tahun. Hanya Allah yang tahu betapa indahnya perasaan ketika itu. Antara topik yang paling kami suka sembang ialah, anak. 

Seronok kan bila bercakap tentang anak? Rasa semakin erat hubungan kami. Bersyukur sangat, selepas dua bulan bergelar isteri, saya disahkan mengandung. 

Faris seronok tak terkata bila melihat pregnancy test kit saya menunjukkan garisan berkembar. Sebenarnya Faris yang tak sabar untuk check sebab saya dah dua minggu tak datang haid dan mula pening kepala. 

Saya sangat terharu bila suami menangis dan memeluk saya kerana terlalu gembira. Katanya ini hadiah buat dia dan dia berjanji akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Walaupun kandungan baru berusia dua bulan, Faris akan datang menyentuh perut saya dan bercakap dengan anak kami ini. Sungguh indah moment itu. 

Disebabkan Faris ada kemahiran bertukang, dia buatkan katil anak kami sampai luka tangannya akibat tercucuk paku. Tetapi dia tetap gembira dengan semua itu sebab tak sabar nak menjadi ayah. 

Bermacam-macam yang kami rancangkan untuk anak kami. Faris siap kata, nak anak kami main badminton dengannya dan saya pula teruja nak ajak anak kami ini bakar ikan semasa berkelah nanti. Allah, anak dalam perut ini baru berusia 5 bulan tetapi dah bermacam-macam kami rancangkan. 

Seperti anda, saya dan suami mengimpikan anak kami dikurniakan kesempurnaan fizikal dan mental. Sungguh kami sangat teruja dengan anak sulung yang bakal lahir ke dunia ini. 

Namun, semasa check up kandungan berusia lima bulan, kami diuji dengan berita yang amat menyedihkan di mana anak kami menghidap Spina Bifida! Allah, ujian apakah ini? Bukankah itu penyakit yang melibatkan saraf tunjang?


Doktor mengesahkan bahawa punca penyakit ini berlaku disebabkan saya tidak makan asid folik seawal kehamilan lagi. Mendengar penjelasan doktor itu membuatkan jantung saya terhenti seketika. Rasa bersalah dan air mata mengalir deras dan tidak mampu dipadam rasa bersalah kerana tidak mengambil berat dan peka mengenai semua ini. 

Memang benar saya tak makan asid folik sebab saya tak tahu. Rupanya asid folik perlu dimakan seawal tiga bulan sebelum hamil. Saya sangat 'down' pada masa itu. 

Suami seakan menerima takdir dan cuba memujuk saya. Tetapi saya seringkali sedar, selepas kami dimaklumkan perkara sedih itu, Faris banyak menangis di sejadahnya selepas solat. 

Maafkan Sarah, abang. Sarah tak ambil tahu semua ilmu ini. Sarah ingat selepas berkahwin, kita dah boleh menimang cahaya mata sebab kita saling sayang-menyayangi. 

Khaif dilahirkan secara caesarean. Lulu hati saya bila melihat ada sesuatu di belakangnya seperti ekor. 

Menurut doktor, ada cara untuk merawatnya. Tetapi menelan belanja kos yang agak tinggi. Kalaulah saya mengambil berat mengenai ilmu kehamilan ini, mesti segalanya indah sekarang. Walaupun kami redha dengan kelahiran Khaif, kami tetapi diuji dengan pandangan masyarakat terhadap anak kami. 

Selepas beberapa hari Khaif dilahirkan, Khaif mengalami demam panas dan sekali lagi diduga di mana Khaif disahkan mengalami Hydrocephalus. Bila orang nak mendekati Khaif pun mereka takut. Sebab kepala Khaif lebih besar dari saiz kepala normal. 


Kini Khaif berusia lima tahun tetapi dalam tempoh lima tahun ini, sudah 18 kali Khaif berdepan dengan pembedahan. 

Saya sudah berhenti kerja semasa Khaif disahkan menghidap penyakit ini lagi. Suami yang bekerja sebagai guru di sekolah menengah dan kehidupan kami tidak seperti apa yang kami idamkan dulu. Semuanya begitu lain sekali. 

Biarpun kita perlu percaya dengan takdir Illahi, namun sekurang-kurangnya jika saya alert, pastinya tidak akan menjadi teruk sebegini. 

Maafkan ibu, Khaif. Ini semua salah ibu. Maafkan Sarah, abang. Sarah musnahkan impian abang untuk anak kita, Khaif. 


from Viral Semasa http://ift.tt/2maqSfG
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close