Kontrovesi

'Abang!! Cepat! Orang pecahkan kereta, nak ambil kereta!'

loading...

RAWANG, SELANGOR - Kereta Proton Iswara Aeroback milik satu pasangan suami isteri nyaris dilarikan seorang lelaki muda dalam kejadian, Khamis. 

Dalam kejadian jam 3 petang di Bukit Beruntung, Aiin Baharom dan suaminya difahamkan sedangkan menguruskan penapis air mereka, tidak jauh dari kenderaan mereka yang diletakkan di tepi jalan. 

"Sementara menunggu kakitangan Coway buat service, terdengar bunyi orang sedang mengetuk sesuatu. Saya ingatkan budak-budak main ketuk awning. 

"Sekali bila saya tengok di luar tingkap, Ya Allah! Orang tengah mengumpil stereng kereta kami. Spontan saya terus menjerit memanggil suami. 

Abang!! Cepat! Orang pecahkan kereta, nak ambil kereta!

"Dia terkejut kena tempik dan sempat memandang saya sebelum lelaki itu terus menutup pintu dan melarikan diri," katanya.

Mendengar Aiin menjerit, suaminya terus bingkas bangun menuju ke arah kereta namun kelibat suspek sudah tidak kelihatan. 

Menurut Aiin, suspek yang cuba mencuri kereta mereka itu adalah budak Melayu. Kereta mereka juga telah dirosakkan oleh suspek yang cuba mematahkan steering lock dan lubang kunci kereta juga turut diumpil menyebabkan kereta mangsa tidak dapat digunakan. 

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati bila memarkirkan kenderaan masing-masing di tempat awam. Juga diingatkan agar gunakanlah pengunci khas untuk steering bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2lMCF8P
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close