Kontrovesi

'Aku tak tau la nak balas macam mana dekat hang'

loading...


Bustop Times Square

Puas mencari, aku sabar menunggu Ashuk dekat "port" dia. Aku duduk di atas motor sambil ditemani derupan angin di tepi jalan. Tiba-tiba, (terasa cuitan dari tepi pinggang) Aku toleh rupanya si "gila" ni. Menjerit aku "Hang pi mana aiyooo..." Gelak si Ashuk ini. Dia tak tahu aku risau mencari dia. 

Permulaannya dia masih berkeras tak nak gunting rambut, tetapi aku tetap memaksa. Tanpa membuang masa, aku parking motor terus berjalan dengan dia pergi ke kedai gunting rambut. Sambil berjalan, kami diperhatikan orang lain seperti aku pula yang 'tak betul' dari pandangan mereka. 

Ahhhh lantak lah!!

Seperti yang dijanjikan, aku dengan sahabat aku Ashuk pergi gunting rambut. Aku habiskan masa rehat tengah hari aku dengan dia. Berjalan sambil berborak. Ketenangan masa ini Ya Allah! Allah saja yang tahu. Aku rasa bahagia sangat walaupun ramai yang memerhati aku dengan Ashuk. Sempat juga aku mengambil sekeping dua gambar untuk menjadikan 'kenangan terindah' dalam hidup aku. Hang sahabat aku Ashuk!

Sampai saja di kedai gunting rambut, Bangla ini nak keluar makan katanya nak tutup kedai kejap. Aku apa lagi, tunjukkan 'gangster' aku konon-kononnya. Padahal haprak.

"Hei bai, you gunting saya punya kawan rambut dulu. Nanti-nanti saja you pergi makan." 

Punyalah ketawa terbahak si Ashuk ini. Tak kering gusi dibuatnya. Terus bai ini gunting rambut. Sambil-sambil itu aku selfie semasa dia gunting rambut. Inilah kenangan yang tak dapat aku lupakan.



Selesai saja gunting rambut, sambil berjalan sambil kitaorang berborak, Ashuk kata dia nak cari kerja. Aku tak tahu kerja apa yang aku dapat bantu. Aku minta maaf Shuk. Dia cakap dia jalan-jalan nanti sambil tanya kerja kosong. Aku risaukan di mana dia nak mandi kejap lagi. Tapi dia yakinkan aku ada tandas awam dekat area sini yang boleh dia mandi nanti. Menitik peluh ke dagu aku masa berjalan. Mana tidaknya, jauh juga berjalan dari Jalan Imbi ke Jalan Alor.

Sampai saja di "port" Ashuk ini balik. Terus sambung berborak. 

"Aku gatai la rambut bahu aku semua gatai" kata Ashuk

Kena mandi juga si Ashuk ini (dalam kepala otak aku)

2:00 petang, waktu untuk aku rehat dah semakin lewat. Banyak lagi surat yang aku belum hantar, banyak lagi kerja aku belum siap. Aku minta diri dulu dengan Ashuk, 

"Aku nak gerak dah, kerja aku banyak belum siap. Hang pi cari tandas mandi bersih-bersih pakai baju yang aku bagi hang..." 

"Okey, okey. Hang pi cepat siapkan semua kerja hang," balas Ashuk.

Seperti biasa, sebelum aku tinggalkan dia, aku kongsikan lagi beberapa keping "kepala agong" terus masuk dalam poket dia buat belanja beli sabun, sikat, berus gigi, makan dan sebagainya. Walaupun pemberian aku ditolak banyak kali. 

"Takkan hang pula nak buat aku sedih Shuk?" 

Akhirnya dia ambik juga. Dia takut aku tak datang jumpa dia lagi. Dia bagi sekeping kertas suruh aku tinggalkan nombor telefon. Alhamdulillah. 

Dia mendakapkan tangan di dada seolah-olah tanda terima kasih. Aku tersenyum.

"Aku tak tahulah nak balas macam mana dekat hang", kata Shuk sambil menunduk. 

"Dei Shuk, hang rilek la. Tak luak pun duit aku tolong hang. Hang doa saja aku dimurahkan rezeki, kaya. Nanti kalau kaya, kita dua pi cari orang susah pula," aku kata sambil tergelak. 

"Ini dugaan hang Shuk, insyaallah hang berjaya. Aku nak hang jadi macam dulu. Lupakan semua masalah. Aku takkan ada belakang hang, tapi aku akan ada sebelah hang. Satu lagi, hang doakan aku cepat dapat jodoh. Hahaha!" sempat aku berseloroh. 

Aku lupakan semua masalah aku penat aku demi tanggungjawab dunia. Walaupun aku bukanlah orang yang alim cukup solat cukup ibadah. Insyaallah selagi aku diberi peluang di dunia, selagi aku dimurahkan rezeki aku akan terus menjalankan tanggungjawab. Siapa-siapa yang ada terdengar jawatan-jawatan kosong yang boleh sediakan hostel/tempat tinggal bolehlah beritahu aku. Tak kisahlah kerja apa asalkan Ashuk bekerja. Security pun boleh. Area sekitar Kuala Lumpur. 

Muka saja bermisai berjanggut, padahal menitik juga air mata ini. Sebak hati ketika mencipta kisah aku dengan sahabat aku Ashuk Kumar. Dalamilah nasib kehidupan orang yang jauh lebih daif. Bersyukurlah.

Aku kongsikan video dan gambar sebelum dan selepas dia gunting rambut . Dia sahabat aku Ashuk Kumar. Insyaallah jika diberi peluang aku akan terus mencipta kisah-kisah aku bersama Ashuk Kumar esok hari. Doakan dia dapat kerja. Ashuk kirim salam dekat kita semua. 


Posted by Muhd Khairul on Sunday, March 5, 2017

Posted by Muhd Khairul on Sunday, March 5, 2017

Bukan kisah Fattah Amin, cuma nukilan seorang Mat Despatch. Hanya sekeping ijazah jalanan.


from Viral Semasa http://ift.tt/2md4yDN
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close