ISU & KONTROVERSI

SUBHANALLAH !!! - Kebesaran Allah Masjid Ini Dibakar Tetapi Api Padam Sendiri

loading...



Di tengah-tengah siri serangan di Eropah, sebuah lagi masjid di sini dibakar, menjadikan jumlah laporan serangan kerana Islamopobia ke atas penduduk muslim dan pusat Islam di negara itu meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Kelmarin, Masjid Sultan Ahmet Cami di sini dibakar kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan, lapor akhbar Jerman, DerWesten.

Veysel Arslan yang tinggal di bangunan yang menempatkan masjid berkenaan berkata, beliau bangun untuk solat apabila menyedari asap memenuhi ruang solat.

“Bagaimanapun, api itu terpadam sendiri. Hanya sebahagian permaidani di ruang solat yang rosak,” katanya.

Katanya, suspek dipercayai memasuki masjid itu selepas memecahkan tingkap belakang, dan menggunakan minyak petrol sebelum menyalakan api dan melarikan diri menerusi pintu masuk masjid.


Hanya permaidani di ruang solat di Masjid Sultan Ahmet Cami di Witten, Jerman rosak selepas api terpadam dengan sendiri.

Masjid itu turut mengandungi beberapa unit kediaman di mana empat keluarga bersama lima kanak-kanak tinggal. Mereka bagaimanapun, tidak cedera.

Sejak tahun 2012, sebanyak 81 serangan terhadap masjid dilaporkan berlaku di seluruh Jerman yang dianggarkan mempunyai empat juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.

Antara tahun 2001 hingga 2012, sebanyak 219 serangan yang menyasarkan kumpulan penganut agama minoriti, khususnya umat Islam dilaporkan di seluruh Eropah. Keadaan ini mencerminkan satu perkembangan yang membimbangkan.

Kumpulan rasis dan Islamopobia turut menyasarkan serangan ke atas masjid di Belanda, Denmark dan United Kingdom. – Agensi 

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close