loading...
Soalan Assalamualaikum Ustaz. Benarkah ada didalam Islam, apabila anak kecil termakan najisnya, maka si keluarga tersebut – ibu bapa kepada anak berkenaan, wajib mengadakan kenduri untuk dijamu kepada orang ramai sebagai satu bentuk hukuman? Jawapan: Anak kecil bukanlah seorang yang mukalaff – iaitu dipertanggungjawabkan oleh Islam untuk melaksanakan segala kehendak syariat. Justeru perbuatan anak kecil menelan najis bukannya satu kesalahan yang mendatangkan dosa. Ibu bapa tidak perlulah membayar apa apa kifarat dengan mengadakan majlis kenduri atas perbuatan kanak kanak itu. Sebaliknya basuh sahaja mulut kanak kanak tersebut dengan air mutlak dan didiklah anak itu tentang permakanan yang dikehendaki oleh Islam. Amalan mengadakan kenduri kerana anak kecil termakan najis wajib dielakkan kerana ia tidak disyariatkan.