ISU & KONTROVERSI

Kelas Bergegar, Ada Murid Sudah Menjerit Dan Melaungkan Azan

loading...


Kelas Bergegar, Ada Murid Sudah Menjerit Dan Melaungkan Azan. Inilah gambaran situasi yang berlaku disebuah sekolah di Johor yang telah dilanda ribut. Enam daripada 22 murid darjah empat Sekolah Agama Taman Selesa Jaya, di sini, cedera selepas bumbung kelas mereka diterbangkan ribut, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, keenam-enam murid terbabit mengalami kecederaan pada bahu, belakang badan, kepala, tangan dan kaki ketika cuba keluar dari kelas untuk menyelamatkan diri.

Mangsa merupakan Muhammad Ar-Firdaus Zainal, 10; Nur Aisy Syimalain Norahim, 10; Muhammad Nor Aiman Muhammad Nor Asri, 11; Muhammad Nuur Hakim Abd Latif, 12; Muhammad Amirul Pejeo, 10 dan Muhammad Najmi Fuad, 11.

Kesemua mereka dikejarkan  ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menerima rawatan lanjut.

Guru sekolah berkenaan, Siti Hanisah Hasan, 34, berkata, semasa kejadian berlaku, dia sedang mengajar pendidikan al-Quran sebelum menyedari angin ribut melanda sebuah lagi blok bangunan di sekolah berkenaan.

"Saya nampak angin ribut datang dari blok sebelah dan kejadian begitu cepat. Ketika rak buku dalam kelas terjatuh, ada murid yang menjerit dan melaungkan azan.

"Ketika kejadian, saya terus mengarahkan anak murid saya keluar dalam keadaan tunduk menuju ke koridor bawah blok untuk berlindung dan tiada yang cedera teruk dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui di wad kecemasan HSA di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim segera mengadakan lawatan ke atas mangsa di HSA.

Menurutnya, sekolah berkenaan baru sahaja selesai melaksanakan kerja baik pulih struktur bumbung yang dilakukan kontraktor dilantik Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

"Tiada sebarang isu berhubung kecuaian keselamatan pada struktur, sebaliknya ia disebabkan kejadian ribut yang melanda kawasan itu.

"Kita (kerajaan negeri) akan lihat jenis bantuan yang sesuai disalurkan termasuk kos rawatan hospital selain kerja pembersihan dan baik pulih struktur bumbung yang akan dilaksanakan bermula esok, " katanya.

Sementara itu, Muhammad Nor Aiman berkata, ketika kejadian, dia bersama rakan sekelas sedang mengaji al-Quran.

"Tiba-tiba sahaja rak buku dan bumbung kelas tercabut. Saya berada dalam keadaan ketakutan dan menjerit sambil berlari keluar.

"Serpihan kayu daripada bumbung mengena saya di bahagian tangan dan kepala. Ketika kejadian juga, cikgu meminta kami segera keluar ke tempat lebih selamat," katanya.

 
KLIK DISINI UNTUK MENONTON VIDEO

Sumber: SinarHarian

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close