ISU & KONTROVERSI

Hasnun Berkongsi Detik Hiba Apabila Memanggil Nama Anaknya Buat Kali Terakhir

loading...

Suami Berkongsi Detik Hiba Apabila Memanggil Nama Anaknya Buat Kali Terakhir. Tarikh 23 Jun 2016, Malaysia di kejutkan dengan satu kemalangan tragis di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Tanjung Malim yang melibatkan 16 kenderaan sehingga meragut nyawa seorang ibu dan juga anak.

Mohd Hasnun , suami dan juga bapa kepada isteri dan anak dikatakan sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia namun dirempuh oleh sebuah treler yang terbabas di lorong kanan.

Menurut Mohd Hasnun,  mereka sedang tersekat dalam kesesakan lalu lintas disebabkan ada kemalangan di hadapan sebelum treler tersebut merempuh kereta mereka.



"Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak.

"Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran, manakala anak dan isteri saya sedang tidur,"

Keadaan berlaku terlalu pantas dan badan Mohd Hasnun terhentak di streng kereta malah tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
          
"Saya ingat setiap detik masa tu. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa, saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap, ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu,"

"Dia ada berkata kepada saya yang dia teringin nak menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru (masjid negeri Shah Alam).

"Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,

Kedua jenazah dibawa pulang ke Kampung Permatang Tok Jaya , Pulau Pinang dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Darat jam 11.30 malam semalam.


Sungguh menyayat hati, marilah kita sama-sama sedekahkan Al fatihah kepada arwah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi dan Hanna Humaira Mohd Hasnun. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close