ISU & KONTROVERSI

Bas Terapung China Sebenarnya Satu Penipuan

loading...

‘Bas terapung’ China yang mencuri tumpuan dunia sebagai pengangkutan futuristik untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dibongkar sebagai satu penipuan.

Bas gergasi itu sebelum ini mendapat liputan meluas media dunia kerana ia membenarkan kereta menyusur di bawahnya tanpa menghalang jalan raya.

Keadaan itu sekali gus seakan-akan mewujudkan ‘laluan bertingkat’ di mana ‘bas terapung’ dan kereta dapat bergerak secara serentak dalam keadaan bertingkat.

Pengangkutan itu juga dilihat sebagai cara baik untuk mengatasi kesesakan jalan raya khususnya di pusat bandar.


Namun begitu, pengangkutan futuristik itu hanya glamor sejenak apabila media China membongkar bahawa ia tidak lain seperti sebuah ‘taman tema’ yang tidak memenuhi piawaian kejuruteraan sebagai pengangkutan.

Lebih mengejutkan, pembinaan ‘bas terapung’ itu adalah melalui skim pelaburan kontroversi yang bertujuan memancing simpanan para pelabur.

China Press melaporkan, ketua jurutera untuk ‘bas terapung’ itu juga mengaku hanya mempunyai pendidikan tahap sekolah rendah.

‘Jurutera’ bernama Song Youzhou mencetuskan idea ‘bas terapung’ pada 2008 dan memohon hak cipta intelek untuk idea itu.

Dia pada 2010 pernah mendakwa projek ‘bas terapung’ akan dilaksanakan di satu kawasan di Beijing, tetapi perkara itu dinafikan kerajaan tempatan.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close