loading...
Anggota Bomba Meraung Lihat Mangsa Kemalangan Adalah Ahli Keluarga Sendiri|Tidak menyangka mangsa-mangsa kemalangan yang terlibat ketika bertugas awal pagi tadi adalah ahli keluarga sendiri, operasi menyelamat yang disertai oleh salah seorang anggota bomba bantuan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan.
Azlan Mustapa, 32, tidak menyangka empat mangsa nahas kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga FLX dan lori tiga tan di hadapan Sekolah Rendah Bukit Nanas, Tepoh dekat sini adalah adik kembar, Azman dan bapanya, Mustapha Abdullah, 60, serta dua saudaranya, Mohd. Sabri Ngah, 50, dan Alif Faizal Ibrahim @Ismail, 26.
Katanya, ketika operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit, dia tidak menyedari bahawa mangsa-mangsa merupakan orang yang mempunyai pertalian dan dikenalinya.
“Saya hanya menyedari tentang mereka selepas melihat kad pengenalan mangsa.
“Memang agak terkejut, namun saya redha dengan kejadian ini,” jelasnya tenang ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini awal pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 46 tahun dari arah Kampung Tepoh menghala ke Wakaf Mesira memasuki laluan bertentangan sebelum dua kenderaan berkenaan bertembung.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Katanya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bergegas ke tempat kejadian.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya.