SEMASA

MENGAKU BERSALAH, AWIE DIDENDA RM2,000

loading...
Awie

Penyanyi dan pelakon terkenal Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman hari ini diperintahkan mahkamah untuk membuat pembayaran denda sebanyak RM2,000 selepas mengaku bersalah atas dakwaan dengan sengaja mencederakan bekas isterinya.

Vokalis kepada kumpulan Wings itu, menukar pengakuannya kepada bersalah dihadapan Majistret Husna Dzulkifly selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.
Baca: Awie Pilih Erra Sebagai Duta Biker Club United

Menurut Husna, jika Awie gagal untuk membuat bayaran denda tersebut, hukuman denda sebanyak RM2,000 ataupun dua bulan penjara akan dikenakan berkenaan prosiding di Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam pada itu, Awie didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Baca: Awie Bebas Dari Kes Dera Bekas Isteri Dengan Bayar Kompaun RM10,000

Terdahulu, Awie telah didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana Misbun, 38, di kaunter Permodalan Nasional Sdn Bhd, Jalan Tun Razak pada jam 3 petang, 2 Jun 2014.

#sumber Sinar Harian

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close