Masih lagi terdengar berita ngeri orang dipatuk ular, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang gemar bermain di kawasan semak. Pun begitu, masih ada juga sesetengah orang yang tidak takut dengan ular, malah, tidak menghiraukan berita tersebut.


Ketika MH Online membuat tinjauan di laman sosial, ada beberapa keping gambar seorang perempuan sedang berselfie dengan pelbagai jenis ular. Mungkin ular itu dijadikan sebagai haiwan peliharaannya?


Benar atau tidak bukan itu persoalannya, yang penting kita kena sentiasa berwaspada dengan haiwan yang ternyata sudah diklasifikasikan sebagai haiwan berbisa.