SELEBRITI

6 ARTIS YANG MENGAMALKAN POLIGAMI & BAHAGIA

loading...
Salih Yaacob

Ketika ini hangat dengan kisah Adira telah pun mengakui menjadi isteri kedua. 

Poligami.  Ada antara wanita yang tidak boleh menerima hakikat hidup berpoligami ini.  Berkongsi suami dengan orang lain adalah sesuatu yangpantang baginya.  Namun ada juga wanita yang boleh menerima konsep hidup bermadu.

Media Hiburan senaraikan enam artis yang telah mengamalkan poligami dan bahagia.  

1.  Salih Yaacob

Salih memiliki empat isteri iaitu Norlizah Mamat Norraha Hamat, Norfara Wahida Sulaiman, dan Samihah Sheikh Amy (Emi) dan telah menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan dengan isteri keempatnya, Samihah.  
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/salih%20yaacob3.jpg
 
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/salih%20yaacob.jpg

2.  Ashraf Muslim

Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Bersama isteri pertama, Ashraf baru sahaja menimang cahaya mata.

Selepas itu, pelakon filem Aku Masih Dara ini mencetuskan kontroversi apabila mengahwini  Wan Sakinah Ahmad Saburi, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013.  Bersama Sakinah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/ashraf%20muslin%20dan%20isteri.jpg

3.  Bade (Pengarah Drama/Filem)

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, dan Erma atau Farimah Rahmad, bernikah pada 30 November 1990.

Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan,  Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra, dan Nurain.

Pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Jihad.  
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/erma-fatima-bade-azmi.jpg
 
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/erma%20terima%20anak%20tiri%20(1).jpg

4.  Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar dan bergelar isteri kedua ketika usianya baharu mencecah 22 tahun dan sehingga kini telah dikurniakan empat orang anak.

Setelah sekian lama berahsia akhirnya Zarina telah memperkenalkan madunya  iaitu Datin Seri Noorhashimah Mohd. Noor.
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/zarina%20zainuddin.jpg

5.   Sharifah Haslinda

Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas pada tahun 2005 sebagai isteri kedua. Sehingga kini mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Baru-baru ini Haslinda telah memohon cerai namun menarik semula permohonan tersebut.  
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/sharifah%20Haslinda%20dan%20suami.jpg
 
6.  Salima AF

Salima telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre. Salima merupakan isteri kedua buat ustaz yang telah mempunyai tiga cahaya mata bersama isteri pertamanya ketika itu.

Salima bernikah pada 30 November 2013 di kampung halamannya, Ipoh, Perak.

Sehingga kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
http://support.karangkraf.com/editorial/med/18%20Disember/salima.jpg


MUSANGKING ucapkan agar semua pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. 

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close