loading...
PHNOM PENH, KEMBOJA - Seorang remaja perempuan terpaksa menanggung derita hilang separuh wajahnya selepas dijangkiti sejenis bakteria pemakan daging.
Suth Ret, 18, dijangkiti kuman Necrotising Fasciitis selepas mencabut sebatang gigi ketika menjalani rawatan pergigian, Disember 2016.
Luka yang terdapat di gusinya bagaimanapun tidak dirawat dengan segera menyebabkan sejenis bakteria yang wujud di tekak Suth Ret telah masuk ke saluran darahnya dan mula memakan kulit dan daging pada bahagian kanan wajahnya menyebabkan dia kini hampir tidak memiliki wajah.
Suth Ret kini bertarung nyawa di sebuah hospital dan doktor berusaha menghentikan kuman itu dari terus merebak ke seluruh wajahnya.
Necrotising Fasciitis juga dikenali sebagai bakteria pemakan daging adalah satu jangkitan yang jarang-jarang berlaku yang melibatkan kulit di bahagian dalam. Ia merebak melalui tisu fascia di bawah kulit dan dalam kulit.
Ia sangat cepat merebak terutamanya pada pesakit kencing manis dan kanser yang biasa daya ketahan badannya lemah dan tidak mempunyai keimunan untuk melawan penyakit. Oleh kerana ia sangat merbahaya dan cepat merebak, penyakit ini biasanya dirawat menggunakan antibiotik dengan dos yang tinggi dan juga kaedah pembedahan.
GEJALA & TANDA
Penyakit ini jarang berlaku kepada pesakit yang sihat. 70% daripada kes pesakit yang direkodkan adalah mereka yang merupakan penghidap kencing manis, masalah imun yang rendah kerana memakan ubat seperti ubat kanser, pesakit kanser dan pensakit penyakit kronik.
Pada awalnya, kawasan yang terkena jangkitan mungkin bermula dari luka kecil. Walaupun luka yang kecil, pesakit merasakan kesakitan yang luar biasa.
Sebenarnya kedudukan bakteria yang berada di bawah dasar kulit menyebabkan kulit kelihatan seperti biasa. Dalam tempoh beberapa jam, tisu semakin membengkak dan kemerah-merahan. Ini kerana bakteria sudah mula merebak ke kawasan sekelilingnya. Kulit juga mula bertukar kepada warna kebiruan dan keunguan. Selain kulit mula melepuh, kulit dan sel di bawah kulit juga mengalami kematian (necrosis).
Pesakit yang mengalami necrotising fasciitis biasanya mengalami demam dan kelihatan sangat lemah dan tidak sihat. Kadangkala pesakit juga mengalami muntah dan cirit birit.
Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan segera, ia boleh membawa maut.
BUKAN 'MAKAN DAGING" TETAPI...
Bakteria tersebut sebenarnya tidak memakan daging itu. Apa yang dilakukan bakteria itu adalah merosakkan kulit dan otot dengan merembeskan satu toksin yang menyebabkan kerosakan pada sel tubuh. Nama bakteria itu ialah, Streptococcus pyogenes.
RAWATAN
Pesakit akan dibedah sekiranya pesakit disahkan menghidap penyakit necrotizing fasciitis. Tisu-tisu yang dijangkiti akan dibuang secara agresif. Pembedahan adalah pilihan rawatan yang paling utama kerana membiarkan tisu yang dijangkiti akan menyebabkan toksin merebak ke tempat lain pula. Dalam masa yang sama, antibiotik ke dalam saluran darah vena juga akan diberikan.
Setelah banyak tisu kulit dibuang, ia akan menyebabkan luka yang besar terbuka di kawasan pembedahan. Luka yang besar ini akan ditutup dengan kulit yang diambil daripada kawasan badan yang lain. - The Reporter
from Viral Semasa http://ift.tt/2nbSh2D
via IFTTT