Kontrovesi

Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia

loading...

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Tan Sri Jins Shamsudin, 82, dilaporkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di kediamannya, jam 5.45 petang tadi, lapor Harian Metro. 

Pemergian beliau disahkan anak keduanya, Putera Hang Jebat.

"Melihat keadaannya yang sesak nafas selepas minum petang, ibu menghantar ke sebuah klinik berdekatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia,"katanya.

Allahyarham Jins Shamsudin merupakan aktor yang begitu disegani sepanjang penglibatan dalam bidang seni. Filem pertamanya, Pancha Delima telah menaikkan namanya di arena seni lakonan yang bergandingan bersama Hashimah Yon.

Beliau merupakan antara aktor Malaya yang berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktor Asia lain apabila watak Jefri Zain menjadi kegilaan ramai pada era 1970-an.

Filem lain yang berjaya mengangkat nama Allahyarham adalah Gerak Kilat di mana gelaran 'Bond Malaya' diberikan kepadanya.   

Tidak hanya berlakon, Allahyarham merupakan pengarah hebat apabila berjaya menghasilkan naskhah gemilang yang meruntun jiwa si penontonnya. Filem-filem seperti Bukit Kepong, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa dan Ali Setan antara karya agung Allahyarham.

Pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Dewan Negara sebelum menghidap penyakit Alzheimer sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Halijah Abdullah serta dua anaknya Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim. 



from Viral Semasa http://ift.tt/2mKeIuT
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close