Kontrovesi

Mangsa dirogol sebelum dibunuh & dicampak dalam sungai

loading...

JAKARTA, INDONESIA - Mayat seorang wanita ditemui tersangkut di batang buluh di hujung muara sungai di Kali Cisaat,  Jumaat lalu, lapor Posbekasi

Mayat Dini Ramadhani, 20, ditemui orang awam pada jam 1.30 petang, 3 Mac lalu sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai penemuan tersebut. 

Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan kepalanya ditutup dengan kain, memakai baju dalam, seluar jeans, jam tangan berwarna biru dan tangan serta kakinya diikat dengan dawai.

Hasil bedah siasat mendapati, mayat mangsa dipercayai sudah tersangkut di sungai tersebut selama dua hari berdasarkan keadaan tubuh badannya yang berbau busuk. 

Pada Sabtu, 4 Mac 2017, satu pasangan suami isteri datang ke balai yang mengaku diri mereka adalah bapa dan ibu saudara kepada mangsa yang terdahulu telah membuat laporan mengenai kehilangan anak saudara mereka itu.

Setelah membuat pengecaman mayat, bapa saudara mangsa, Iwan, mengesahkan mayat berkenaan adalah anak saudaranya, Dini Ramadhani, yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah. 

Menurut Iwan, Dini Ramadhani telah tinggal bersama mereka semenjak ibu kandungnya meninggal dunia dua tahun yang lalu. 






Siasatan pihak polis mendapati, sebelum kejadian itu mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya dengan menunggang motosikal pada Khamis, 2 Mac 2017.  Bagaimanapun mangsa telah dirogol sebelum membunuhnya dan dicampak ke dalam sungai dengan kaki dan tangan mangsa diikat dengan dawai. 

Beberapa barangan milik mangsa seperti barang kemas, cincin, rantai, anting-anting, beg, dompet milik mangsa juga hilang, selain motosikal mangsa juga turut dilarikan. 

Polis percaya kejadian itu dilakukan oleh beberapa suspek, bagaimanapun sehingga kini masih belum membuat sebarang tangkapan. 

Jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada bapa saudaranya untuk urusan pengebumian. Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di tempat tinggal Iwan. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2n5LCHr
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close