Kontrovesi

Kaedah Paling Berkesan Menurunkan Paras Gula Dalam Darah Secara Semulajadi

loading...

Mengidap kencing manis adalah satu ujian yang sangat amat berat.
Diabetes diperingkat awal pun sudah besar dugaannya , apatah lagi kepada mereka yang sudah ditahap kronik.
Satu mimpi ngeri apabila sampai ke peringkat terpaksa disuntik insulin setiap hari.
Apa yang lebih menakutkan, penyakit kencing manis boleh menyerang tanpa mengira usia.
Antara simptom penyakit ini adalah lesu, kebas pada tangan atau kaki, luka lambat sembuh dan kerap rasa dahaga.
Tahukah anda bahawa orang yang mengidap diabetes mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, berbanding orang yang tiada kencing manis.
Ia juga berkemungkinan besar turut mengundang penyakit buah pinggang (nefropati diabetic).
Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Di Malaysia, antara punca utama adalah dari diet kita. Orang kita memang sangat gemarkan makanan manis.
Pengambilan makanan dan minuman yang bergula tinggi menyebabkan pankreas kita berkerja kuat sehingga akhirnya ia tidak lagi mampu menghasilkan insulin secara normal.
Kesannnya, gula berlebihan didalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.
Ini menyebabkan sel sel dalam badan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.
Inilah yang mencetuskan penyakit-penyakit kronik yang lain.
Jadi, apa penyelesaiannya?
Bagaimana anda boleh mengurangkan beban dan derita penyakit ini?
Sementara masih tiada penawar untuk penyakit kencing manis, terdapat satu cara semulajadi untuk mengawal paras gula dalam darah tanpa sedikit pun menjejaskan pemakanan anda.
Ia berkaitan dengan sejenis herba yang dipanggil ‘stevia rebaudiana’ (stevia)

Apakah stevia dan dari mana herba ini berasal?

stevia
Boleh ditemui di Paraguay dan Brazil, stevia rebaudiana adalah tumbuhan renek yang tergolong dalam keluarga Chrysanthemum.
Dikenali sebagai ka’a he’ê (herba manis), Ia telah digunakan secara tradisional sejak lebih dari 1500 tahun yang lalu oleh kaum Guarani di Amerika Selatan sebagai pemanis teh dan juga digunakan sebagai ubat.
Ia telah terbukti secara turun-temurun sebagai pengganti gula yang lebih baik.
Namun penggunaan stevia secara komersil sebagai alternatif gula hanya mula diperkembangkan pada tahun 1970-an, dan semakin berkembang maju sehingga sekarang.
Ia boleh diibaratkan sebagai satu anugerah yang besar kepada manusia terutamanya kepada pengidap penyakit diabetes.
Mengapa saya berkata begitu?
Mari saya terangkan..

Mengapa stevia dianggap begitu istimewa? Apa kelebihannya?

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(an-Nahlu, 114)
Kekuatan yang paling utama terdapat pada pemanis semulajadi ini adalah ia tidak akan langsung mempengaruhi paras gula dalam darah..
… walaupun mempunyai kemanisan 300-400 kali ganda daripada gula!
Malah ia akan membantu menurunkan paras gula didalam darah.
Oleh kerana kemanisannya yang kuat, hanya sedikit amaun diperlukan untuk memaniskan minuman atau makanan kita.
Apa yang lebih menarik lagi, tidak seperti gula, stevia mempunyai sifar kalori, lemak dan karbohidrat.
Dengan bacaan GI (Glycemic Index) yang sifar, maka ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang sedang mengamalkan diet dan mementingkan penjagaan kesihatan, lebih-lebih lagi kepada pesakit diabetes.
InsyaaAllah paras gula dalam darah akan menurun dengan drastik ke paras normal dalam beberapa hari penggunaan sahaja.
Jadi mengapa kita tidak gunakan anugerah yang dikurniakan oleh Allah ni?

Kelebihan lain stevia yang anda mungkin tidak tahu…

Mungkin ada masih kurang jelas dengan kelebihan stevia.
Saya akan jelaskan secara ringkas apakah kelebihan menggunakan pemanis semulajadi berasaskan herba stevia ini:
  • Menurunkan dan menstabilkan paras gula dalam darah
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Merangsang rembesan insulin dari pankreas
  • Mempunyai kesan anti-oksidan
  • Membantu menurunkan tekanan darah.
  • Dijamin 100% halal dan tanpa kesan sampingan.
Saya rasa anda sudah nampak kelebihan-kelebihan tumbuhan herba stevia ini.
InsyaaAllah, ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk hidup dengan lebih baik dan lebih selesa.

Sumber : akuislam.com


via Bin Usrah

from Viral Semasa http://ift.tt/2lrnIE4
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close