MOTIVASI & TIP

Cara ‘short cut’ simpan RM94,118 dalam tempoh lima tahun

loading...






INFO Cara ‘short cut’ simpan RM94,118 dalam tempoh lima tahun
ByHarith FaisalPublished on March 13, 2017
Simpanan bulanan adalah benda asas kalau kau nak mula melabur. Kalau setiap bulan, duit gaji habis buat belanja, siap berhutang dengan kawan, mungkin kau kena semak balik part mana kau boleh kurangkan belanja.

Kalau dah gigih sampai ke akar umbi kau gali tapi masih tak dapat jumpa punca untuk kurangkan belanja, nak tak nak kau kena tambah sumber pendapatan. Usahalah sampai dapat simpanan RM1050 sebulan.



Kenapa RM1050? Saja. Ini kan posting saya, suka hati sayalah nak bagi contoh berapa ringgit pun. Haha! Okay, senang cerita, kalau kau simpan RM1050, kau akan dapat simpanan RM1050 x 60 = RM63,300. Betul?

Tapi kalau kau bijak sikit, kau boleh dapat RM94,118 dengan menggunakan modal yang sama. Untung RM30,818. Nak jadi bijak bukan susah pun. Kau baca saja posting saya ni sampai ke perkataan yang terakhir sekali.

Simpanan ASB


Kau mampu smpan RM1050 sebulan. Jadi, setiap bulan, kau letaklah RM1050 dalam akaun ASB kau tu selama 5 tahun @6.75% dividen. 5 tahun je. Jangan risau, duit tak hilang punya.

Sila gunakan kalkulator Compound Interest

Monthly Deposit: 1050
Period (month): 60
Annual Interest Rate %: 6.75
Compounding: Annually
Total Principal: 63,000
Maturity Value: 74,708
Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen terkumpul adalah RM74,708 setelah 5 tahun. Dan kalau kau simpan sendiri dalam tabung kat rumah, kau dapat RM63,300 je. Rujuk Total Principal.

ASB Financing-i






Kau mampu simpan RM1050 sebulan. Jadi, mohon ASB Financing maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Setiap bulan, kau kena bayar ansuran RM1050. Kita ambil contoh kadar keuntungan bank adalah @4.8% dan dividen ASB adalah @6.75%. Bayar dengan cermat selama 5 tahun dan kemudian terminate.

Sila gunakan kalkulator pinjaman.

Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 4.8% per year
Loan Term: 30 Years
Monthly Payment: 1049
Amortization Schedule: 183,130 @60th month.
Sila gunakan kalkulator Compound Interest

Principal Amount: 200,000
Period (month): 60
Annual Interest Rate %: 6.75
Compounding: Annually
Interest Amount: 77,248
Maturity Value: 277,248
RM277,248 – RM183,130 = RM94,118

Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen dan prinsipal terkumpul adalah RM94,118 setelah 5 tahun!! Banyak tu. Boleh dibuat duit deposit beli beberapa buah rumah. Jangan kau buat joli pulak.

Kita bandingkan


i) Simpan di rumah:
RM1050 x 12 x 5 = RM63,300 (Modal)

ii) Simpan biasa ASB:
RM74,708 – RM63,300 = RM11,408 (Net Profit)

iii) ASB Financing:
RM94,118 – RM63,300 = RM30,818 (Net Profit)

Nak untung RM30K atau RM11K? Pilihlah sendiri. Matematik tidak menipu. Saya sudah buktikan dengan pengiraan.

Volume tinggi dengan ASB Financing-i
Saya takda tunai RM200,000 sekarang. Jadi saya gunakan duit bank untuk melabur selama 5 tahun dan dapat tunai terkumpul sebanyak RM94K Bijak kan? Kalau tak, saya hanya dapat RM74K sahaja.



Kalau dapat melabur dengan volume tinggi untuk ASB financing-i ni memang best tengok dividen dia compounding. Kalau volume kecil, contoh RM10K ke, RM20K ke tak best sangatlah. Okay, boleh faham?

RM1050 sebulan komitmen besar sangat kan. Ala, ikutlah kemampuan masing-masing. Kalau mampu RM550 sebulan, buat RM100,000 pun boleh. Tapi yang peliknya, bayar kereta RM1000 sebulan relax dan steady je. Haha!

Nota
1. Ini adalah kiraan secara kasar tanpa takaful untuk memudahkan pemahaman. Ia dikongsikan secara umum. Jadi, sesuaikanlah dengan situasi dan tahap kewangan masing-masing.

2. Pengguna Android, download app Financial Calculators. Pengguna Apple, download app EZ Financial Calculators. Saya ada kongsikan screenshot pengiraan guna app di ruangan komen.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close