loading...
KOTA KINABALU, SABAH - Seorang lelaki 'tumbang' selepas ditumbuk dan dilanggar ketika cuba menyamun seorang gadis berusia 20 tahun dalam kejadian jam 11.40 malam tadi.
Sebelum kejadian, Alice Lien Hua, 20, ketika itu baru pulang dari rumah saudaranya di Penampang dan memandu bersendirian pulang ke rumah. Namun dalam perjalanan pulang berhampiran di Sungai Petagas, dia telah diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal.
Lapor laman Imaginationself, Alice kemudian memberhentikan keretanya di bahu jalan bagi memberi laluan kepada motosikal itu.
Namun motosikal itu berhenti di hadapan keretanya dan suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging dipercayai mahu melakukan jenayah samun memaksa mangsa membuka tingkap kereta.
Pisau pemotong daging yang digunakan suspek | Foto - Alice |
Difahamkan, mangsa sempat menumbuk suspek dan melanggarnya sehingga tidak sedarkan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Menurut laman Imaginationself lagi, siasatan awal mendapati suspek dipercayai warga asing berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada suspek. Selain itu, suspek dipercayai penagih dadah tegar di kawasan tersebut. Suspek dihantar ke KPJ Luyang untuk mendapatkan rawatan.
Suspek tidak sedarkan diri selepas dilanggar mangsa | Foto - Alice |
Kesan parut di tangan salah seorang suspek | Foto - Alice |
Foto - Alice |
Kereta mangsa yang rosak setelah melanggar suspek sehingga tidak sedarkan diri | Foto - Alice |
Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan sakit di bahagian jari jemarinya. Difahamkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Terdahulu viral di media sosial mendakwa mangsa yang merupakan bekas juara karate telah menumbuk leher suspek sehingga menyebabkannya koma. Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang pengesahan yang diberikan oleh mangsa di laman Facebooknya. - The Reporter
from Viral Semasa http://ift.tt/2mVgYjK
via IFTTT