Kontrovesi

Gadis kantoi curi barang kemas berat 6.6 gram

loading...

CHABANG TIGA, TERENGGANU - Niat seorang wanita cuba melarikan barang kemas di sebuah kedai emas, gagal selepas ditahan kakitangan kedai tersebut, Selasa.

Dalam kejadian jam 1.40 petang semalam, wanita berkenaan yang datang bersama ibu saudara dan seorang lagi dipercayai sepupunya mahu membeli barang kemas di kedai Emas Lelong Maya.

Setelah melihat emas yang dipinta dan tiada yang berkenan di hati, ketiga-tiga wanita itu mahu beredar dari kedai. Namun tindakan salah seorang daripada mereka yang mengambil barang kemas di tangannya disedari oleh kakitangan yang bertugas dan terus menarik tangan wanita itu. 

Tergamam dengan tindakan kakitangan berkenaan, wanita itu terus melepaskan barang kemas tersebut ke lantai bahagian dalam kaunter dan menafikan tuduhan kononnya dia cuba mencuri barang kemas.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian dimainkan semula dan menunjukkan wanita terbabit memang berniat mahu mencuri barang kemas dipercayai gelang, berat 6.6 gram.


Posted by Kedai Emas Lelong Maya on Tuesday, March 7, 2017

Posted by Mosyie Nosyie on Monday, March 6, 2017

Ibu saudara wanita itu cuba merayu agar pihak kedai tidak mengambil tindakan terhadap anak saudaranya itu yang pada ketika itu hanya menangis di kaunter kedai.

Suspek menangis sementara menunggu ketibaan polis peronda datang untuk membawanya ke balai | Foto - Netizen
Suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut | Foto - Netizen
Sementara itu pemilik kedai yang dikenali sebagai Kak Maya berkata, selama ini dia hanya melihat kejadian seumpama itu Facebook sahaja. Namun tidak menyangka kali ini berlaku di kedainya sendiri.

"Nasib baik pencuri sempat ditangkap oleh staff Kak Maya. Sangat dramatik. Allahuakbar, syukur sebanyak-banyaknya.

"Sebelum ini memang Kak Maya tak nak panjangkan kes. Tapi kali ini biarlah pihak polis yang mengambil tindakan. Semoga menjadi pengajaran dan dapat menginsafi kesilapan diri dan menjadi tauladan kepada yang lain," tulisnya di Facebook rasmi Kedai Emas Lelong Maya

Wanita itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2m0EGdG
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close