Kontrovesi

Cara Mengesan Fake Levi's Big E USA (khas untuk newbie saja)

loading...


Artikel ringkas ini khas untuk newbie dan tidak sesuai untuk mereka yang sudah handal. 

Dua hari lepas, member terkena 501 Big E Fake. Hangus RM350. Seller pula, senyap terus! Lahabau punya makhluk!

Itulah sebabnya orang suruh tanya member yang lebih arif kalau item itu kau rasa was-was keasliannya. Jangan main beli semborono, kelak merana, duit hangus, nak pakai item itu pun dah rasa malu!

Kali ini aku kongsi empat cara mudah untuk detect fake. Tak minta banyak, cuma berharap kau tak terkena dengan malaun jual barang Fake pada harga pergi Mekah, balik hari. Sebelum itu, simpan dalam kepala ciri-ciri paling asas Levi's 501 dan Levi's 505.
  1. Levi's 501 - Pakai butang (kecuali 501ZXX) 
  2. Levi's 505 - Pakai zip
  3. Kalau kau jumpa Levi's 501 pakai zip, itu adalah Levi's fake!
  4. Sama juga sebaliknya kalau kau jumpa 505 pakai butang, itu Levi's fake!
Empat ciri-ciri di bawah mampu menyelamatkan kau dari menanggung kerugian:

1. TOP BUTTON
  • Original Big E Stamp 555,524,520,8,6,W,K,J dll. 
  • Top button Levis Fake biasanya distamp '501'. Dan sinar banar atau berkarat sangat. V stich pun lari (rujuk gambar)
2. PAI/REAR PATCH 501xx
  • Original warna koko muda atau warna kayu, sesetengah berminyak (era kain pasir 90'an)
  • Fake biasanya warna koko gelap, pai putih, warna seperti warna kayu tapi print atas kertas nya nampak murah.
3. TAG DALAM/INNER TAG
  • Untuk Big E 501xx keluaran US era 1993 hingga 1998
  • Original punya lebar dan sedikit pendek .
  • Fake punya tag yang kecil dan panjang.
4. SELVEDGE (KEPALA KAIN) 501XX
  • Original, warna kepala kain putih padat dan ada redline dan tiada extra selvedge di atas poket syilling.
  • Fake biasanya kepala kain lebar dan bergarisan merah atau biru dan ada selvedge atas poket syilling. Sesetengah ada selvedge atas poket belakang.
  • Denim US punya Trademark tersendiri. Bagi yang dah biasa,memang sedia maklum. Tak perlu lihat tag bagai, tengok kain dah tahu negara origin.






Sebenarnya ada banyak sangat fake item gred A dari Siam era 98-2000, ramai yang sudah terkena. Jika ada offer 501 Big E, rajin-rajinlah bertanya dengan kawan-kawan. 

Next chapter, insyaAllah kita akan buat artikel mengenali ciri ciri Big E, Report/Pek, rindem, side dem, oren tag dan single R.

Akhirnya kata, tak salah nak pakai fake atau ori. Yang penting tahu nilai sesuatu barang. Tak semua orang mampu layan ori, tak semua orang sanggup pakai fake. Apapun, mati esok tetap pakai kepala kain. Ya kain kapan. Levi's, levi's juga, solat jangan tinggal ya!


from Viral Semasa http://ift.tt/2lC3IDT
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close