Kontrovesi

2 remaja perempuan nyaris dilarikan lelaki yang menyamar sebagai polis

loading...

PASIR GUDANG, JOHOR - Dua remaja perempuan nyaris dibawa lari oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian jam 5.45 petang di Jalan Pulasan 14, Taman Kota Masai itu, dua remaja berkenaan telah dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru yang dipandu oleh seorang lelaki. 

Kejadian itu sempat disaksikan oleh seorang jiran wanita yang berasa tidak senang dengan kehadiran kereta yang dilihat agak mencurigakan itu. 

"Saya nampak sebuah kereta yang mencurigakan di kawasan rumah saya. Pada mulanya kereta itu diparkirkan di bahu jalan. Kemudian pemandunya sedang bersembang dengan dua anak jiran saya. 

"Tidak lama kemudian mereka berdua telah masuk ke dalam kereta lelaki itu. Saya terus bergegas menuju ke arah kereta itu dan bertanya kepada pemandu ke mana dia mahu membawa mereka berdua," katanya. 

Lelaki itu menjelaskan padanya bahawa dia hanya meminta bantuan dua remaja berkenaan untuk menunjukkan jalan ke Sekolah Menengah Kota Masai kerana dia adalah guru yang baru berpindah ke sekolah itu. 

Pengadu yang meragui penjelasan lelaki itu kemudian menyuruh dua remaja berkenaan keluar dari kereta dan lelaki itu terus beredar. 

"Saya bertanya kepada mereka berdua, apakah mereka kenal dengan lelaki itu? Mereka kata tidak kenal dan lelaki itu mengatakan dirinya adalah polis daripada Pontian yang sedang menyiasat kes dadah," katanya. 

Bimbang dengan keselamatan diri dan kedua-dua remaja berkenaan, wanita itu membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pasir Putih, dua hari selepas kejadian itu berlaku.


Gambar laporan polis pengadu kini telah tersebar di media sosial dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa menasihatkan anak masing-masing agar tidak bercakap atau mengikut individu yang tidak dikenali bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2ncTHtW
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close