Tidak sampai seminggu dipilih sebagai protege kepada Tomok dalam program Mentor Milenia 2017, lima akaun Facebook palsu menggunakan nama Along Zaimi, 20, dikesan.

loading...





Kuala Lumpur : Tidak sampai seminggu dipilih sebagai protege kepada Tomok dalam program Mentor Milenia 2017, lima akaun Facebook palsu menggunakan nama Along Zaimi, 20, dikesan.

Along atau nama sebenarnya, Mohamad Rozaimi Rosli ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan perkara ini oleh ibunya, Rozita Mohamad Lazim dan tidak menyangka ia boleh berlaku.

“Ibu memberitahu setakat ini ada lima akaun Facebook palsu diwujudkan atas nama saya dan menggunakan gambar saya sebagai profil.

"Saya tidak tahu untuk tujuan apa ia diwujudkan kerana sudah mempunyai akaun Facebook peribadi menggunakan nama Aloong Zaimi.

"Selain itu, saya juga mempunyai halaman peminat di Facebook menggunakan nama Along Zaimi Official serta kelab penyokong Along Zaimi Mentor Millenia 2017 (RANGERS)," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Along yang menyanyikan lagu Srikandi Cintaku pada konsert Mentor Millenia 2017 Ahad lalu turut menafikan pemilihannya sebagai protege Tomok disebabkan pengaruh penyanyi Ezad Lazim yang juga bapa saudaranya.

"Saya menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. Saya juga perlu menjalani sesi uji bakat seperti peserta lain di Sri Pentas TV3, baru-baru ini.

"Saya datang dari Kedah semata-mata untuk uji bakat. Pada hari pertama, saya terpaksa menunggu dari awal pagi sehingga jam 1 pagi, manakala pada hari kedua kena menunggu sehingga jam 4 pagi sebelum mendapat keputusan.

"Jadi tidak timbul saya menggunakan nama Ezad untuk dipilih. Lagipun saya nak dikenali dengan bakat sendiri dan bukan kerana Ezad," katanya.

Sementara itu, Rozita sentiasa memantau perkembangan akaun Facebook palsu Along supaya tidak disalah gunakan pihak tertentu.

"Kami berterima kasih sekiranya ia membantu mempromosi anak saya kepada peminat. Bagaimanapun sekiranya ia bertujuan untuk memanipulasi keadaan, saya terpaksa membuat aduan kepada pengendali Facebook," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 6:32 PM

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close