Kontrovesi

Terkejut tengok anak hisap 'deodorant'

loading...


Ya Allah, terkejut saya bila tengok anak hisap gula-gula yang mengandungi cecair manis yang menyerupai seperti pewangi ketiak deodorant. 

Betul-betul terkejut dibuatnya. Saya pun bertanyalah pada anak. 

"Di mana abang beli gula-gula macam ini?" soal saya. 

"Abang beli di luar pagar sekolah, ayah. Kenapa ayah tanya?" soalnya kembali.


"Tak adalah, ayah tengok gula-gula abang ini sama macam pewangi ketiak ayah. Abang jangan tunjuk kat adik tau benda-benda macam ini. Nanti adik ambil deodorant ayah dan dihisapnya pula. Kalau adik sakit perut, keracunan, muntah-muntah dan mati, macam mana?" peringatan awal saya berikan. 

"Yelah ayah, sama macam deodorant ayah. Bahaya, adik tu dahlah kecik, lagi tak tahu apa-apa. Okey ayah, abang tak bawa balik ke rumah lagi gula-gula ini. Abang janji abang takkan tunjuk pada adik," katanya. 

Wahai peniaga-peniaga di luar sekolah atau di mana-mana, tolong jangan jual gula-gula atau makanan ringan yang menyerupai pewangi orang dewasa atau botol-botol beracun. Bahaya untuk anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa. 


from Viral Semasa http://ift.tt/2lxdjtV
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close