Kontrovesi

Lelaki sanggup menyamar jadi perempuan, curi handbag dalam surau

loading...

SEBERANG JAYA, PULAU PINANG - Seorang lelaki berasal ditahan mencuri sebuah surau pusat beli-belah, viral di media sosial. 

Mohamad Firdaus Abdullah sanggup bersolek dan memakai pakaian yang menyerupai perempuan Melayu bagi membolehkan dirinya masuk ke dalam surau Sunway Carnivall Mall sebelum mencuri beg tangan mangsa. 

Dengan wajahnya yang tidak ubah seperti perempuan itu, suspek mengambil kesempatan berpura-pura bersembahyang di surau tersebut. 

Bagaimanapun tembelang suspek itu terbongkar apabila perbuatannya mencuri beg tangan mangsa disedari jemaah yang lain dan terus ditahan serta diserahkan kepada pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan untuk tindakan lanjut. 




Difahamkan, kes seumpama itu sudah kerap berlaku di surau berkenaan. Suspek juga dikatakan pernah ditahan sebelum ini namun mengulangi lagi perbuatannya itu.

Sementara itu netizen menganggap suspek pandai bersolek, bertudung dan kelihatan seperti Neelofa dan Erra Fazira. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2lcAtFQ
via IFTTT

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close