loading...
RAMAI
YANG TAK SANGUP TENGOK DUA BERADIK YANG DITINGALKAN IBU MEREKA DI DALAM
RUMAH SELAMA SEBULAN DAN DIRAKAM VIDEO SEHINGGA MATI!!!
Sunk Into The Womb, filem adaptasi dari kisah benar ini mula muncul di newsfeed Facebook netizen di Malaysia.
Ramai
yang memberi reaksi bahawa mereka tidak sanggup menonton filem yang
terlalu menyayatkan hati ini. Ada pula yang hanya menonton separuh jalan
sahaja, kerana hati sudah terusik dan bimbang filem itu akan tinggalkan
kesan di minda.
Sunk
Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan
Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB,
8.2/10.
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya.
Menurut
laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun
didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang
dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati.
Sanae
Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede,
1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan
masa di rumah teman lelakinya.
Sanae
mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun
tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian
lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia
mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia.
Laporan
autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat
kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan.
Lapor
Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua
beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah
tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis
menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian,
mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan
yang lalu.
Menurut
seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan
kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka
kerap menangis hampir setiap malam.
Panggilan
telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran
terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, "Mama! Mama!"
sehingga lewat malam.
Dua
pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada
hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6
petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah
berkenaan.
Jiran
itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7
pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut
pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada
respon yang diberikan.
Laporan
ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai
kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama.
Berdasarkan
garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu
memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48
setelah menerima aduan.
Bagaimanapun,
pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman
tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara
penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu.
Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.
Menurut
kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak
menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta
tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan
tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan
mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.
Menurut
pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir
sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang
dari rumah mereka pada bulan Julai.
Beberapa
pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa
kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang,
pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa
memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi
mangsa penderaan.
Ekoran
kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas
rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung
penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja
meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua
mangsa mati kebuluran.
Ketika
ditahan, Sanae berkata, "Saya ingatkan mereka akan mati selepas
ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke
rumah untuk menyelamatkan mereka," katanya.
Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.