loading...
Sebahagian
wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita,
seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah
mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.
"Aduh, situ
tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak
pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."
"Kenapa la
kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal
suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."
"Jika kita
ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka
perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami
mahu keadilan!"
"Kenapa
Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak.
Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak
kita tanggung sendiri!"
"Islam
kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami
perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"
"Wanita
takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas,
takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan
puasa?"
Dan
kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita,
dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita
yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..!
Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
"Cik adik,
Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.
Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan
lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan
itu?
Ok, jika
awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi
dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat
ke lutut tapi awak?
Saya tidak
dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin
akan ter@ngsang n@fsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut?
Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak
hanya pakai seluar pendek!"
"Ok, isteri
perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga
kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah
berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa
awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa
yang kalian lakukan!"
"Betul ke
wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan,
harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja
yang dia mahu.
Shh..
jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki
ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan
anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak
secebis, tak merasa lah jawabnya!"
"Tahniah la
sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu,
wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya
awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu
mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu
tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali
pun sihat sampai ke tua!"
"Akhirat
nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab
keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya,
anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti
di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka
ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"
"Nak
beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak
sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya,
dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat
lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa
satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
"Saya,
seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika
taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak
akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"
Allah SWT;
sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti
Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah
peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan
segala peraturan yang dicipta manusia.