loading...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa
yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan
kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan
memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada
bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara
perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala
akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa
yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak
perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya
mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya
perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat
istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan
mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua
ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran
anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu
bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka
disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini
bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah
sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka
agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah
s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga
lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak
perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu
bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal,
makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang
ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan
pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam
perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita
yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang
mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya
anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi
faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara
logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan
membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah
beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka
mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak
perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika
dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah
mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat
besar.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”