loading...
KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki merompak dua wanita dengan bersenjatakan parang di depan pondok pengawal keselamatan, viral di media sosial, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.40 pagi menunjukkan mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi, cuba melarikan diri ke dalam kawasan perumahan tersebut. Namun terhalang apabila pengawal keselamatan yang bertugas enggan membenarkan mereka masuk kerana kedua-dua mangsa bukan penduduk di situ.
Di kesempatan itu, suspek yang memandu kereta Honda Accord tahun 1994, keluar dari kereta dan menghampiri kereta mangsa, lalu menghunuskan parang ke dalam kereta di depan pondok pengawal. Suspek memberi amaran agar pengawal keselamatan agar tidak campur tangan.
Panik dengan keadaan itu, kedua-dua
mangsa keluar dan lari dari kereta. Namun salah seorang mangsa dikejar
oleh suspek yang kemudian merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.
Gara-gara terlalu panik, mangsa
terlupa menarik brek tangan menyebabkan keretanya merempuh palang pos
kawalan sehingga bengkok sebelum melanggar sebuah lagi kereta yang
diparkirkan di bahu jalan.
Difahamkan, mangsa telah diekori oleh suspek sebelum kejadian itu berlaku.
Sementara itu di media sosial, tersebar luahan seorang lelaki yang dipercayai abang kepada suspek.
"Assalamualaikum and hello everyone.
Untuk orang Islam, mati itu pasti, barzah itu pasti dan lebih
menakutkan masyar itu pasti. Sebelum saya berada di masyar untuk
menjelaskan perkara di atas, saya memohon jutaan maaf atau ada bahasa
yang lebih tinggi dari itu saya ingin gunakan untuk memohon maaf kepada
semua terutama sekali kepada mangsa di atas kegagalan saya memberi
didikan yang sempurna untuk adik saya di dunia dan akhirat kerana gambar
dan video di atas, 99% adalah adik kesayangan saya.
"Pada yang mengenali mangsa, boleh
sampaikan kepada mangsa untuk menuntut ganti rugi dari saya dengan
menghubungi saya melalui Facebook
"Walaupun saya tahu ia tidak
setimpal dengan apa yang terjadi, maafkan saya sekali lagi. Saya memohon
agar sahabat-sahabat semua mendoakan agar adik saya peroleh hidayah
(Hidayah milik Allah) dan menjadi manusia yang lebih baik di masa
hadapan," katanya.
Difahamkan, kereta yang digunakan oleh suspek telah ditemui. -
About BaruLaViral