loading...
Inilah Pengakuan 'Berani Mati' Bekas Isteri Awie Yang Mengejutkan, Fuhh!!! Memang Tak Sangka Sanggup Dia Buat Macam Tu
Rozana Misbun yang juga merupakan
bekas isteri kepada Awie mengakui bahawa beliau pernah mengggunakan
khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh yang bernama Maksu ketika
beliau dan Awie masih tinggal bersama. Pengakuan itu telah didengari di
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam.
“Saya bersama Awie dan pembantunya ada berjumpa dengan Maksu pada 2 Jun 2014. Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi. Kadang-kadang saya akan berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” katanya.
Bagaimanapun,
Rozana menafikan dakwaan mengatakan beliau dan Awie berjumpa dengan
bomoh terbabit kerana bekas suaminya itu menghidu perbuatan kurafat
yang dilakukannya di kediaman mereka selepas Awie sendiri menjumpai
pelbagai barangan seperti tangkal dan botol berisi rambut, darah dan
paku.
Rozana
berkata demikian selepas disoal balas oleh peguam syarie, Mohd. Syafiq
Norizan yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman
berhubung kes hadanah iaitu penjagaan anak kekal terhadap tiga anak
mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh
Antasha.