loading...
Model Maut Terjun Bangunan, Elak Diri Dirogol Tuan Rumah Sewa
SEORANG model lebih rela terjun bangunan daripada dirogol oleh pemilik
rumah sewa dan rakannya dalam satu kejadian yang berlaku di Istanbul,
Turki.
Tindakan nekad Gulay Bursali, 20, itu bagaimanapun telah meragut nyawanya.
Gulay yang juga seorang penuntut universiti menyewa apartment berkenaan
selama seminggu bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Engin 0.
Pada malam kejadian, pasangan itu baru pulang dari bar dan setibanya di
apartment tersebut, mereka didatangi oleh tuan punya apartmen tersebut
yang berpura-pura kononnya mahu mengambil barang dari dalam rumah.
Lelaki itu bersama rakannya kemudian telah membelasah Engin 0 dan
menguncinya di dalam sebuah bilik sementara Gulay pula dibawa ke dalam
bilik lain.
Gulay telah dibogelkan, namun dia berjaya membuka tingkap dan memanjat
keluar. Dia juga mengancam untuk terjun kecuali mereka melepaskannya.
Menurut seorang saksi, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen
apabila mendengar seorang wanita yang sedang berbogel sedang bergayut di
tingkap.
“Dia menjerit agar tidak ditarik masuk dan pada masa sama turut meminta pertolongan.
“Saya kemudiannya menghubungi polis dan ketika saya membuat panggilan berkenaan, wanita itu telahpun terjun,’’ katanya.
Polis kini sedang mengesan pemilik apartmen dan rakannya.
sumber: viralberita.com
sumber: viralberita.com
VIDEO BERKAITAN:
PERNAH TENGOK LAWAK BODOH JOLOK PUNGGUNG PEREMPUAN? LAYAN ...
Prank Bodoh Jepun - Jolok Punggung Wanita
VIDEO LAWAK PEREMPUAN CANTIK Kena Londeh Baju Dan Seluar...
