ISU & KONTROVERSI

MENYAYATKAN HATI...... Bapa & Anak Perempuan Tidur Bawah Pokok Sebagai Gelandangan di ibu kota yang kini tersebar, Mohon "AGENSI dan JABATAN" Berkaitan Bantu Mereka.....

loading...


KASIHNYA bapa sepanjang masa, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat gambar menyedihkan seorang bapa ditemani anak perempuannya tidur sebagai gelandangan di ibu kota yang kini tersebar.

Dalam gambar tersebut, kelihatan si bapa tidur di atas pangkin bersama anak perempuannya, manakala beg pakaian kelihatan bersusun di hadapan mereka.





Tidak dapat dipastikan apakah perkara sebenar yang telah menimpa dua beranak ini tetapi keadaan mereka amat menyedihkan terutama mengenang si anak yang masih terlalu mentah namun terpaksa jalani hidup demikian rupa.




Difahamkan, dua beranak ini sering kelihatan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur bersebelahan bangunan Olympia atau seberang bangunan BSKL.


Lokasi dua beranak yang hidup secara gelandangan.


Menurut pengguna Facebook Shaifful Bin Z dia melihat dua beranak ini tidur di bawah pokok hampir setiap malam kerana tidak mampu menyewa rumah manakala Rein Mohd Yatim memaklumkan, pernah terlihat dua beranak ini di tepi sungai di belakang bangunan Sogo ketika memancing.

Apa pun alasannya, dua beranak ini berada dalam kesusahan dan diharapkan, ada pihak akan tampil membantu mereka selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close