loading...
Di Sinilah Lokasi Jenazah Dato’ Dr. Haron Din Akan Di Mandikan,DiKafankan Dan DiSolatkan |Jumaat – Berpegang kepada amanat di mana beliau menghembuskan nafas terakhir,
di situ beliau disemadikan, maka anak-anak dan keluarga Allahyarham
Datuk Dr Haron Din memutuskan supaya jenazahnya disemadikan di
California.
Dalam
kenyataan terbaru di laman Facebook rasmi ‘Tuan Guru Dato’ Dr. Haron
Din (Official)’ sebentar tadi (12.07 pagi waktu California), keluarga Allahyarham memaklumkan mereka mempunyai pilihan untuk membawa jenazah pulang ke tanah air.
Mereka juga sudah berbincang dan membuat pertimbangan mengenai semua pilihan.
“Bukan
mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat. Kami memilih untuk
menguruskan jenazah baba dengan sempurna dan cepat.
“Baba berpesan beberapa kali kepada kami bahawa di mana dia menghembus nafas terakhir, di situ dia bersemadi. Maka kami akan kebumikan baba di California.
“Esok pagi mandikan baba – Kafankan – Solat jenazah selepas solat Jumaat di Masjid AnNur, Santa Clara, CA,” kata kenyataan itu.
Sementara
itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
menyarankan semua masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) melaksanakan solat jenazah ghaib di atas pemergian
Mursyidul Am PAS itu.

