loading...
Tanda-Tanda Awal Difteria Yang Ramai Tak Tahu. Heboh di media sosial ketika ini mengenai penyakit difteria yang telah meragut nyawa seorang kanak-kanak. Penyakit ini hangat diperkatakan di negara kita kan? Kami kongsikan serba sedikit fakta yang ibu-ibu wajib tahu tentang Difteria.
Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema dan batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.
Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!
3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.
Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yang dihantar ke pengasuh atau taska.
Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda-tanda ini:
Demam
Sakit tekak
Sukar menelan makanan
Batuk
Air liur meleleh
Kulit pucat dan kebiruan
Hidung berdarah
Selsema
Sesak nafas
Ruam kulit
Difteria boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Malangnya, vaksin tersebut luput selepas 10tahun. Jika keluarga anda dijangkiti Difteria, anda juga patut mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos tambahan.
Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkiti.
Mohon sebarkan kepada kawan-kawan.
Like & Share!