ISU & KONTROVERSI

Seorang Anak Luah Kekecewaan Sikap Ibu-Bapa Dalam Buku Tulis Sekolah

loading...

Gempar apabila seorang anak telah meluahkan segala kekcewaannya tentang sikap ibu-bapa nereka dalam sebuah buku tulis sekolah yang dianggap sebagai diari

"Saya harap ibu, ayah dapat ubah perangai," itulah luahan sayu salah seorang daripada empat beradik ditulis di sebuah buku yang dijadikan sebagai diari.

Luahan hati anak kecil yang telah lama memendam perasaan begitu berharap kedua-dua orang dikasihinya kembali ke pangkal jalan, memulakan hidup baru dengan menjauhi najis dadah.

Walaupun baru berusia 11 tahun, namun sebagai anak sulung, kanak- kanak perempuan itu sudah menggalas tanggungjawab cukup besar apabila menjaga tiga adiknya yang lain termasuk adik lelaki yang baru sahaja berusia setahun tujuh bulan.

Sebaliknya, ibunya yang berusia 32 tahun leka ketagihan dadah.

Pelik ibu, ayah ambil ubat setiap hari

Bagi si kakak, pertama kali dia terlihat ibu dan ayahnya di dalam bilik sedang meletakkan satu tiub berisi serbuk berwarna putih di atas kepingan aluminium, dia terpinga-pinga melihat keadaan itu.

"Ibu kata kat saya ni ubat, ayah dan ibu sakit jadi perlu makan ubat. Esoknya saya lihat lagi perkara yang sama dan hairan juga bila tengah-tengah malam ayah sanggup keluar cari ubat. Ibu kata jika tak dapat ubat ni ibu akan sakit dan letih," luahnya.

Menurutnya, lebih membuatkan dia berasa hairan ialah apabila terdengar perbualan ibu dan ayahnya mengenai harga ubat berkenaan.

"Ada yang 10sen, 20sen, 50sen. Saya tak faham. Masa itu kami tinggal di Melaka dan saya bersekolah di sana. Cikgu selalu bawa ke perpustakaan, jadi saya selak satu per satu buku berkaitan ubat sehinggalah terjumpa buku Dadah Musuh Nombor 1 Negara," katanya.

Katanya, dia terkejut apabila melihat gambar dadah dipaparkan di dalam buku itu sama dengan apa dikatakan ubat oleh ibunya.


Makan belacan, cili padi digaul nasi

Menurut si kakak, ibunya bekerja di kedai makan dengan upah sekitar RM30 sehari.

Bagaimanapun duit itu tidak cukup menampung keperluan mereka sekeluarga sehingga ada kalanya dia adik-beradik makan nasi digaulkan dengan belacan dan cili padi.

"Mula-mula tinggal dalam ladang kelapa sawit lepas tu tinggal di rumah nenek tiri tapi ibu tak balik-balik dan anak-anak nenek halau kami keluar. Kemudian ibu ambil dan bawa tinggal di rumah sewa.

"Kami kerap berpindah randah kerana ibu dan ayah ketagih dadah. Di Ayer Itam, Johor pun sama kami dihalau dan merempat di pondok bas. Ada orang bawa kami ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kami ditempatkan di rumah agensi berkenaan di Parit Sulong," katanya.

Si kakak berkata, setelah lebih sebulan mereka dapat bersekolah di sana dan diberikan pelbagai bantuan kelengkapan barangan sekolah oleh guru serta wakil rakyat.

"Tapi tak lama duduk situ, kami dihalau sebab perangai ibu dan ayah. Ayah sering jual barang yang disumbangkan menyebabkan orang kampung marah," katanya.

Menurutnya, setelah dihalau, mereka dibawa ke rumah keluarga ayah mereka, namun tidak diterima.

"Jadi, saya pujuk ibu pergi ke rumah mak dan mujurlah ibu mahu.

"Bagi saya, kami adik-beradik dah datang ke tempat yang betul," katanya.

Katanya, individu dipanggil mak itu adalah insan yang rapat dengannya semasa menetap di rumah kebajikan Tampin pada tahun 2012 iaitu sukarelawan JKM, Suzana Othman, 44.

Hidup merempat, tinggal dalam hutan

Suzana berkata, empat beradik itu masih menghubunginya melalui mesej dalam Facebook dan juga telefon bimbitnya setelah mereka terpisah sejak rumah kebajikan yang menempatkan mereka di Tampin diarahkan tutup atas sebab tertentu.

"Masa itu, adik-beradik ini harus ikut mak dan ayah mereka. Bayangkan walaupun baru sahaja setahun lebih menetap bersama keluarga, mereka adik-beradik telah melalui pengalaman cukup dahsyat apabila terpaksa hidup berpindah randah lebih lima kali, merempat di perhentian bas dan tinggal buat beberapa ketika di dalam hutan serta ladang kelapa sawit.

"Sehinggalah pada 9 April lalu, saya terima panggilan dari kakak menyatakan nak datang rumah," katanya.

Katanya, dia menerima dengan terbuka kehadiran mereka dan menawarkan bilik di rumahnya sebagai tempat tinggal sementara menunggu dia mencari kediaman lain buat keluarga berkenaan.

"Si ibu serahkan dokumen-dokumen yang saya perlukan untuk carikan mereka rumah dan juga kerja.

"Apabila rumah dan kerja sudah berjaya saya peroleh buat mereka, si ibu dan ayah pula melarikan diri bersama motosikal milik saya pada 23 April.

"Malah, sepanjang tempoh mencari ibu bapa ini, saya berterima kasih kepada JKM kerana sanggup datang ke rumah saya," katanya yang memaklumkan empat beradik itu tidak mempunyai pewaris selain dari ibu serta saudara mara sebelah ibu.

Menurutnya, dia kini hanya memikirkan masa depan empat beradik berkenaan dan berharap nasib mereka terbela.

About BaruLaViral

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close