loading...
Pada hari itu, hujan turun membasahi kota Xinxiang, China, hingga menyebabkan banjir. Kebanyakan warga pun lebih memilih berdiam diri di rumah.
Namun, sepasang pengantin baru memilih untuk tetap meneruskan acara pernikahan mereka, walau tanpa dihadiri tetamu yang diundang.
Dikutip dari Daily Mail, Khamis (14/7/2016), Zhou Tian dan calon suaminya, Wang Lei, telah mempersiapkan majlis pernikahan mereka dengan lengkap. Acara itu dijadualkan berlangsung pada 9 Julai 2016 di sebuah hotel, pusat Kota Xinxiang.
Pagi itu, Tian bangun lebih awal dan mula mempersiapkan diri untuk acara hari bersejarahnya. Jurumekap mulai mendandani Tian.
Tak lama kemudian, calon suaminya, Lei, mengirimkan mesej ringkas memaklumkan, banjir di rumahnya telah mencapai paras pinggang orang dewasa dan menyukarkan dia untuk menjemput Tian.
Tian pun panik dan mulai menitiskan air mata.
"Jalanan telah dinaiki air sejak pukul 6 pagi," kata Tian.
Jam dinding menunjukkan pukul 10.00 pagi, Tian kelihatan cantik mengenakan pakaian pengantinnya. Calon pengantin wanita itu duduk dengan penuh sabar menunggu untuk dijemput bakal suami.
Hampir tiga jam berlalu, namun Lei masih belum menampakkan batang hidungnya. Jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari, calon pengantin lelaki akhirnya datang dalam keadaan basah kuyup mengenakan baju pengantin.
Terharu melihat keadaan bakal si suami, Tian segera berlari mendapatkan Lee dan memeluk erat.
"Aku tidak peduli walaupun tidak ada tetamu yang datang. Aku juga tidak ambil peduli kita tidak diarak. Asalkan aku dapat memilikimu, walaupun kau basah kuyup dan tidak nampak seperti pengantin lelaki," kata Tian sambil memeluk Lei.ARTIKEL MENARIK:- (VIDEO) Gelagat Dan Reaksi Di Luar Jangkaan Mat Salleh Bila Tengok Gambar Selebriti Lelaki Malaysia
Mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Tian, jurumekap pengantin yang menyaksikan adegan itu mengambil gambar pasangan berkenaan dan memuatnaik gambar tersebut menerusi laman Wechat.
Pasangan itu pun mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka menuju hotel tempat pernikahan mereka yang bakal berlangsung, memandu kenderaan dengan berhati-hati.
Sesampainya di lokasi pernikahan, pengerusi majlis meamklumkan bahawa tidak akan ada hidangan di majlis mereka kerana tukang masak tidak dapat dapat ekoran cuaca buruk.
"Apapun yang terjadi, aku akan tetap menikahimu,' kata Tian kepada calon suaminya.
Majlis pernikahan mereka hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu.
Sekeping gambar menunjukkan Tian berjalan di sebuah lorong yang sunyi sementara Lei menunggu di atas pentas menjadi viral dan mendapat respon ramai dari netizen. Sementara itu, ribuan netizen mengucapkan tahniah diatas penikahan kedua pasangan itu.